Pemuda UMNO Johor santuni komuniti setempat

single-image

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO negeri menganjurkan program Pemuda Santuni Komuniti Setempat yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini, Sabtu lalu.

Antara lokasi yang dikunjungi termasuklah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Balai Bomba Larkin, Rumah Rehabilitasi Pesakit HIV, Wad Kecemasan Hospital Sultanah Aminah serta gelandangan di sekitar Johor Bahru.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, program itu merupakan kesinambungan daripada program serupa yang dijalankan Pemuda UMNO negeri sejak bertahun lamanya.

“Rakyat sedia maklum, UMNO sinonim dengan usaha menyantuni rakyat dengan memberi bantuan apabila tiba musim perayaan.

Pemuda UMNO Johor

MOHD. HAIRI (lima kiri) menyampaikan sumbangan kepada Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan sempena program Pemuda Santuni Komuniti Setempat yang dilaksanakan Sabtu lalu. – UTUSAN ONLINE

“Jadi walaupun UMNO kini bukan lagi kerajaan memerintah, namun program seperti ini tetap diteruskan dengan kemampuan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Program tersebut dijalankan dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian, Pergerakan Puteri Johor Bahru dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini.

Sumber : Utusan Online

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.