Pemuda UMNO Johor menyambut baik keputusan pucuk kepimpinan

single-image

KENYATAAN MEDIA

Pemuda UMNO Johor menyambut baik keputusan pucuk pimpinan BN untuk mencalonkan kembali Datuk Wee Jeck Seng daripada MCA bagi merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai dalam PRK yang akan diadakan 16 Nov nanti,

Pencalonan Datuk Wee Jeck Seng menutup mulut pengkritik khususnya pihak lawan yang sebelum ini melabelkan UMNO sebagai tamak, rasis dan menyifatkan Muafakat Nasional sebagai eksklusif untuk satu kaum semata-mata. Semangat Muafakat Nasional untuk semua kamu diterjemahkan di Tanjung Piai.

Bagi Pemuda UMNO Johor siapa saja yang dipertaruhkan pucuk pimpinan parti, jentera Pemuda akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon BN. Ini komitmen kami dan Pemuda akan menggerakkan seluruh jentera bagi membantu kemenangan Datuk Wee Jeck Seng.

Pemuda UMNO Johor percaya keputusan ini dibuat secara konsesus atas dasar semangat kekeluargaan parti berbilang kaum dalam BN yang terjalin sejak sekian lama. Kami percaya keputusan ini dibuat secara hikmah dan penuh kebijaksaan oleh pucuk pimpinan.

Paling penting bagi Pemuda UMNO Johor dan komponen BN yang lain termasuk rakan baru kita iaitu PAS, apa yang penting adalah kemenangan BN di Tanjung Piai bagi menghantar isyarat kepada Putrajaya bahawa rakyat menolak dengan pentadbiran mereka.

Kita akan jadikan pentas PRK Tanjung Piai untuk mendedahkan satu demi satu kepincangan kerajaan PH, bermula dengan manifesto yang tidak dilaksanakan, rakyat tertipu dengan pelbagai janji manis sehinggalah penjualan satu demi satu aset negara sehingga mengakibatkan ekonomi merudum.

Pengundi Tanjung Piai tidak akan melihat sama ada calon itu daripada UMNO mahu MCA, sebaliknya mereka akan melihat kepada logo BN yang diyakini dan terbukti membela nasib rakyat sejak zaman berzaman.

Pengundi Tanjung Piai termasuk pengundi Cina akan menghantar isyarat jelas kepada Putrajaya dengan menolak PH pada PRK kali ini.

Kita sedar PH amat memerlukan kemenangan di Tanjung Piai, namun yakinlah bahawa tiada laluan mudah buat PH di Tanjung Piai. Pengundi di Tanjung Piai tidak akan membiarkan mereka terus ditipu PH. Tanjung Piai akan menjadi gelanggang kebangkitan rakyat menolak rejim PH.

Mohd Hairi Mad Shah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Merangkap Pengerusi Pemuda BN Negeri Johor

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.