Pemuda, Puteri UMNO lancar kempen Jom Daftar Vaksin

single-image

KUALA LUMPUR : Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO hari ini melancarkan kempen Jom Daftar Vaksin dalam usaha memberi penerangan mengenai kepentingan vaksin COVID-19 dan menggalakkan orang ramai mendaftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata selain memberi pencerahan melalui kaunter yang akan dibuka di tempat awam, sesi ceramah awam menampilkan doktor-doktor muda turut akan diadakan bagi menjawab persoalan daripada orang ramai.


“Kempen ini akan diadakan di seluruh negara dan dimulakan mulai hari ini,” katanya ketika ditemui semasa pelancaran kempen berkenaan bagi
Parlimen Setiawangsa berdekatan Pasar Malam Tasik Sri Rampai, di sini hari ini.

Malaysia memulakan program imunisasi berkenaan pada 24 Feb lepas melalui tiga fasa bermula dengan Fasa 1 bermula Februari hingga April ini melibatkan 500,000 petugas barisan hadapan.


Fasa 2 pula iaitu dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berusia 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya, manakala Fasa 3 dari Mei ini hingga Feb 2022 bagi penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas.


— BERNAMA

Leave a Comment

Your email address will not be published.