Pemuda Johor kesal dengan sikap Ketua ARMADA Malaysia bersandiwara lagi

single-image

Ketua Pemuda UMNO Johor ingin menyelar kenyataan biadab Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung dakwaan kononnya beliau diserang oleh 200 gangster di Ulu Tiram, Johor yang dikaitkan dengan UMNO.

Kenyataan Syed Saddiq jelas merupakan satu pembohongan yang berniat jahat untuk mengeruhkan keadaan serta bertujuan merosakkan imej UMNO tak kala PH dan Bersatu ditolak oleh rakyat ketika ini.

Siapa tidak kenal dengan menteri tidak matang ini yang sering memgeluarkan kenyataan berunsur “penipuan” bahkan kes “tisu koyak” beliau dengan Papa Gomo masih berlangsung di Mahkamah, sekarang beliau menimbulkan isu baru bagi menarik perhatian umum.

Rakyat Malaysia secara umumnya mengetahui kemelut yang berlaku dalam Bersatu menjelang pemilihan parti itu tidak lagi lagi. Termasuklah isu wakil rakyatnya yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

Semakin dekat dengan pemilihan parti semakin banyak wayang ataupun drama akan dimainkan Syed Saddiq untuk menarik perhatian dan sokongan bagi mempertahankan jawatannya selaku Ketua Armada.

Rakyat muak dengan wayang murahan ini, Pemuda UMNO Johor akan membuat satu laporan polis berhubung tuduhan jahat Syed Saddiq itu. Sesuatu yang menghairankan juga Syed Saddiq dapat mengira jumlah kumpulan samseng berkenaan seramai 200 orang dan mengetahui yang mereka ahli UMNO. Hairan bin ajaib ini.

Berhubung tindakannya memuat naik kenyataan di Facebook, Pemuda UMNO Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan supaya siasatan terhadap pemilik Facebook berkenaan iaitu Syed Saddiq di bawah Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan kerana memiftnah dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salahguna kemudahan komunikasi untuk sebaran maklumat jelik.

Sekian, terima kasih

Mohd Hairi Mad Shah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.