Pemandu wanita bakal didakwa 5 pertuduhan

single-image

Johor Bahru: Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru jam 8.40 pagi tadi.

Dia yang memakai jaket hitam itu dilihat disorong menaiki kerusi roda oleh polis trafik pengiring sebelum memasuki Mahkamah Majistret.

Dua pertuduhan dijangka dikenakan terhadap pemandu wanita berkenaan iaitu Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Wanita berusia 23 tahun itu dijangka berdepan lima pertuduhan termasuk memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, penyalahgunaan dadah serta tidak memiliki lesen memandu.

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.