Pelantikan Tan Hong Ping, Pengerusi PAC Johor : satu lagi kejayaan DAP Johor

single-image

Semalam saya ada menulis satu artikel berkenaan dengan Menteri Besar Johor yang seolah-oleh dikawal oleh pemimpin-peminpin DAP. Artikel yang berkaitan : https://johorpress.com/dap-control-kerajaan-johor/

Kali ini, ada lagi bukti jelas yang memperlihatkan satu lagi kejayaan besar bagi pemimpin DAP Johor. Jelas, pelantikan Tan Hong Ping selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya (PAC) Johor bukanlah sesuatu yang memeranjatkan malah sudah dijangka bahawa jawatan itu akan diserahkan juga akhirnya kepada pemimpin DAP.

Tetapi bukan itu yang ingin dipersoalkan sekarang ini, ada yang lebih penting daripada itu. Yakni mengapa Tan Hong Ping yang dilantik oleh Menteri Besar Johor dan bukannya pemimpin yang lain?

Sedangkan kita tahu Tan Hong Ping telah digugurkan dari senarai nama Exco Johor oleh Menteri Besar yang baharu. Ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa Tan Hong Ping tidak ‘perform’ sdan gagal menjalankan tugasnya dengan baik sepanjang dirinyanya menjadi Exco Johor. Dek kerana itu, namanya digugurkan dari senarai Exco Johor.

Oleh itu, ia menjadi tanda tanda apakah justifikasi yang tepat dan sebabnya Tan Hong Ping dilantik oleh Menteri Besar untuk menjadi Pengerusi PAC Johor?

Keputusan Menteri Besar melantik pemimpin DAP menjadi PAC Johor sebenarnya secara tidak langsung sekali lagi membuktikan bahawa segala percaturan dan pentadbiran di Johor disusun dan digerakkan sendiri oleh pemimpin-pemimpin DAP. Dan jelas kelihatan bahawa pemimpin DAP Johor sebenarnya lebih berkuasa berbanding Menteri Besar Johor selaku ketua negeri.

Melihat keadaan ini, adakah benar memang ada tangan-tangan ghaib yang cuba mengatur dan menyusun semua percaturan yang ada di Johor ini?

Di peringkat persekutuan juga kita boleh lihat banyak jawatan penting yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin DAP. Antaranya, jawatan Menteri Kewangan dipegang oleh pemimpin DAP juga. Jadi dalam diam satu per satu jawatan penting mula dikuasai oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Jadi saya harap Menteri Besar Johor, dapat menjelaskan segala persoalan ini kepada rakyat khususnya kepada rakyat negeri Johor.

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.