Pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu

single-image

KENYATAAN DYMM SULTAN JOHOR

1. Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Dr. Sahruddin bin Jamal yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

2. Saya harap beliau akan dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah, serta mengutamakan kepentingan Negeri berbanding kepentingan diri atau politik, demi kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran ekonomi Negeri Johor.

3. Saya juga mahukan beliau memberi keutamaan kepada isu pencemaran sungai bagi memastikan sumber air mentah sentiasa bersih dan mampu bertahan untuk jangka masa panjang.

4. Suka juga saya nasihatkan kepada pihak kerajaan supaya janganlah membuang masa dengan banyak bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah, menabur fitnah dan mereka-reka cerita hanya untuk menarik perhatian atau mengelirukan rakyat. Sebaliknya, tumpukanlah perhatian untuk membantu kehidupan rakyat yang susah dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara.

5. Sesungguhnya Kerajaan Johor telah lama wujud dan mempunyai adat dan cara pemerintahan yang tersendiri. Tidak perlu ada pihak luar yang sibuk melompat-lompat tidak tentu arah bercerita tentang siapa yang berkuasa dan bagaimana untuk mentadbir Negeri Johor.

6. Kedaulatan Negeri Johor, kesucian agama Islam dan keistimewaan orang Melayu hendaklah sentiasa dipelihara daripada diganggu-gugat oleh pihak luar yang berselindung disebalik perjuangan hak asasi manusia.

7. Semoga Negeri Johor terus maju, makmur dan diberkati.

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Istana Bukit Serene

(14 April 2019)

#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor

 

Sumber : Royal Press Office

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.