Pejabat Akmal Nasir disimbah cat

single-image

KUALA LUMPUR : Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir disimbah cat merah.

Malah, bangkai ayam turut diletakkan di perkarangan pejabat beliau.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, perkara itu diketahui awal pagi tadi.

“Saya telah dimaklumkan oleh staf saya yang tiba jam 7.20 pagi untuk masuk ke pejabat bahawa pintu masuk Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru telah disimbah cat dan seekor bangkai ayam beserta mesej ugutan kepada saya telah dicampak didepan pintu,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Tambah beliau, satu laporan polis telah pun dibuat oleh kakitangannya berhubung insiden berkenaan.

FB_IMG_1574731592177

Motif kejadian masih disiasat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Akmal sebelum ini menggesa Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kepimpinan yang membuat kenyataan keterlaluan dan bertindak di luar batasan parti.

Perkara itu dizahirkan beliau di sebalik kemelut yang dihadapi PRK yang dilihat sedang berantakan.

“Memang kita parti yang reformis, demokrasi. Tapi kalau di luar keterbatasan, anda mesti bersedia untuk dihadapkan ke lembaga disiplin parti.

“Pada masa ini bagi saya, pimpinan parti kena tumpu pada isu rakyat dan fokus pada suara anak muda,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Pimpinan Pusat AMK.

Akmal Nasrullah mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihati pemimpin PH agar menyuarakan pandangan melalui jawatankuasa parti masing-masing bagi mengelak tanggapan tidak baik terhadap muafakat gabungan tersebut.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.