Pegawai Khas Maszlee Malik hina TMJ?

single-image

Sehingga ke hari ini seperti kita maklum isu ratifikasi Statut Rome masih menjadi isu paling panas yang diperkatakan oleh pelbagai pihak. Meskipun, Perdana Menteri, Tun Mahathir telah memberi kata putus untuk menarik diri daripada menyertai statut rome yang telah dimeterai negara pada awal Mac yang lalu.

Walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh Tun Mahathir mendapat pelbagai reaksi positif dan juga negatif. Malah ada juga segelintir pihak yang mengaitkan isu penarikan diri kerajaan daripada Statut Rome ini adalah disebabkan mendapat tekanan daripada beberapa orang kerabat raja. 

Disebabkan perkara ini, seorang pemimpin PPBM, Abdul Hannaan Khairy merangkap Pegawai Khas kepada Maszlee Malik didapati memuat naik satu status di Facebook miliknya yang seakan-akan menyindir seorang kerabat diraja. Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya tujuan utama pegawai khas ini memuat naik status sebegitu rupa.

Ternyata pegawai khas ini bukan sahaja menyindir tetapi turut mengeluarkan komen yang berbentuk penghinaan terhadap seorang kerabat diraja. Dan kerabat diraja yang dikaitkan dengan isu ini tidak lain tidak bukan ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Apa yang jelas dapat dilihat pada ruang komen di status berkenaan, Abdul Hannaan telah menggelarkan Tunku Mahkota Johor sebagai ‘TMJaDoNg’. Jadong ini merupakan akronim yang membawa kepada maksud JAHAT, BODOH dan SOMBONG.

Sekali gus tindakan ini boleh disifatkan sebagai tindakan yang tidak bermoral atau lebih tepat lagi adalah tindakan biadap kerana bertindak mempersendakan kerabat raja. Kenyataan biadap seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana individu lebih-lebih lagi dari individu yang berpengaruh seperti Abdul Hannaan.

Walaupun dalam Malaysia Baharu ini semua pihak bebas bersuara tetapi ia bukan tiket untuk menghina orang sesuka hati apatah lagi yang melibatkan nama-nama besar seperti kerabat raja. Ingat, jangan kerana mulut badan binasa.

Apa yang lebih pentingnya sekarang, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Abdul Hannan agar ia menjadi tauladan kepada semua pihak untuk tidak merendah-rendahkan martabat institusi diraja.

Tidak kiralah sama ada seseorang itu mempunyai latar belakang politik ataupun tidak, tindakan yang tegas perlu diambil dengan segera supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.