Pegawai Khas Ahli Parlimen Sekijang yang ditahan SPRM?

single-image

Semalam ada satu portal berita melaporkan bahawa ada seorang Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Johor ditahan oleh Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM). Link berkaitan : https://www.malaysiakini.com/news/530499

Punca penahanan Pegawai Khas tersebut disebabkan individu terbabit membuat tuntutan palsu bagi satu projek di bawah parlimen tersebut namun ia tidak dilaksanakan. Daripada hasil maklumat yang diterima, benarkah Pegawai Khas yang ditahan itu merupakan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Sekijang, YB Natrah Ismail?

Jika benar dakwaan itu, sudah terbukti parti Pakatan Harapan tidaklah sebersih mana seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Dulu bukan main lagi kata mereka ini ‘suci’ daripada rasuah tetapi sekarang lihatlah apa yang jadi. Satu demi satu terbongkar selepas mereka tidak lagi berkuasa saat ini.

Tak payah tengok jauh, tengok balik kes beberapa hari lepas di mana SPRM menjumpai wang tunai yang dipercayai beratus ribu di kediaman beberapa ahli PPBM. Bayangkanlah baru 22 bulan menjadi kerajaan belum 22 tahun. Agaknya kalau sudah 22 tahun menjadi kerajaan tidak mustahil boleh jadi billionaire macam anak seorang pemimpin dalam Pakatan Harapan + sekarang. 

Kini semua sudah semakin jelas bahawa Pakatan Harapan tidaklah BERSIH seperti yang dikatakan jauh sekali SUCI daripada rasuah. Selama ini punyalah bising kata BN main rasuah sudahnya ludah ke langit sebelum ini jatuh terkena ke muka sendiri.

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.