Pakatan Harapan perlu dikalahkan di Tanjung Piai untuk kejutkan kerajaan Johor dari tidur

single-image

Kita tahu PRK Tanjung Piai tidak lama sahaja lagi, jadi pengundi Tanjung Piai sepatutnya sudah membuat pilihan mereka. Pilihan ini yang akan menjadi kayu ukur kepada polemik politik di negeri Johor khususnya.

Oleh itu, Pakatan Harapan perlu dikalahkan dalam PRK Tanjung Piai ini agar ia dapat mengejutkan kerajaan Johor dari terus tidur dan lena dibuai mimpi kemenangan PRU yang lepas.

Mereka perlu diberikan pengajaran agar sedar bahawa rakyat mempunyai kuasa dalam menentukan siapa yang layak memerintah negeri ini. Malah situasi ini turut memberi isyarat bahawa rakyat bukan tunggul yang mudah ditipu dengan janji-janji manis mereka.

Lihatlah selama mereka memerintah, belum ada satupun perkara yang betul-betul memberi impak kepada rakyat. Sudah setahun lebih, tiada apa-apa pembaharuan yang dibawa ke negeri ini. Yang ada pun mereka hanya meneruskan projek-projek yang telah diuruskan oleh kerajaan terdahulu.

Tambah lagi dengan kejadian pencemaran udara di Pasir Gudang yang sehingga kini tidak tahu berpunca daripada mana. Malah, hasil siasatan terhadap kilang-kilang juga tidak pernah didedahkan kepada umum.

Dalam pada itu, dengan krisis air yang tidak mendapat diselesaikan oleh kerajaan negeri menambahkan lagi keraguan rakyat terhadap mereka. Sudah berkali-kali peluang diberikan kepada mereka tetapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Johor.

Jadi rakyat negeri Johor khususnya pengundi di Tanjung Piai mempunyai beribu sebab dan asbab untuk menolak Pakatan Harapan pada PRK Tanjung Piai tidak lama lagi. Hanya ini sahaja cara yang boleh membuka mata mereka supaya tidak terus leka sebaliknya bekerja untuk rakyat Johor.

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.