Pakatan Harapan bina bilik gerakan atas tanah kerajaan?

single-image

Semalam tersebar satu poster yang mengatakan Pakatan Harapan salah menggunakan kuasa sebagai kerajaan yang memerintah. Di mana kecoh di PRK Tanjung Piai, mereka telah mendirikan dan membina bilik gerakan di atas tanah milik kerajaan.

Rata-rata penduduk di Pekan Nanas sudah maklum bahawa Warung 800 ini dahulu mendapat pajakkan tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Johor. Tetapi ia mendatangkan kemusykilan apabila musim-musim PRK Tanjung Piai tiba-tiba warung tersebut telah bertukar menjadi bilik gerakan pula.

Tidak pasti sama ada mereka terlepas pandang atau sememangnya sengaja melakukannya. Jika difikirkan semula, mereka sepatutnya lebih cakna dalam perkara yang melibatkan harta milik kerajaan ini lagi-lagi semasa musim PRK.

Jadi persoalannya, adakah perkara sebegini tidak menjadi satu kesalahan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya?

Malah, dikatakan juga pada malam ini ada ceramah Anwar Ibrahim yang akan dijalankan di bilik gerakan tersebut. Oleh itu, sekali lagi ia menimbulkan tanda tanya, bagaimana permit boleh diluluskan semudah itu?

Atau sebenarnya tanah tersebut sudahpun ditukarkan kepada tuan kedai yang dipercayai individu yang bernama Hishamudin? Maklumlah ada khabar angin mengatakan tuan kedai itu sudah lompat ke PPBM dan sekarang menjadi orang kuat PPBM di Tanjung Piai.

Jadi, perkara ini perlu dilihat secara serius agar tidak menimbulkan kekecohan di kemudian hari. Dan dalam hal ini perlu ada tindakan agresif dan segera oleh pihak berkuasa. Jadi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab menyiasat dakwaan ini agar tiada kesalahan dalam menggunakan harta milik kerajaan oleh pihak-pihak tertentu.ah

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.