Pada yang mohon maaf, Rosmah maafkan

single-image

Rosmah Mansor yang memanjatkan kesyukurannya berhubung pengesahan bahawa beliau tidak terlibat dalam pembelian berlian merah jambu dan menyifatkan rakyat lebih suka percaya dengan fitnah berbanding kebenaran.

“Orang ramai pilih untuk mendengar kepada penipuan, pada cerita-cerita tidak benar yang memburukkan saya dan suami saya (Najib Razak).

“Jadi kita hanya perlu laluinya dan malangnya rakyat menderita kerana semua ini, kerana mereka semua pilih untuk percaya penipuan, kerana penipuan lagi menarik dan sedap didengar,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai pengesahan daripada timbalan menteri kewangan bahawa tiada pembelian berlian merah jambu dibuat oleh seorang isteri VVIP.

Rosmah berkata sebagai isteri seorang pemimpin negara, beliau turut perlu menghadapi dakwaan penipuan tersebut bersama suaminya.

“Ada orang yang datang minta maaf, saya dah maafkan.

“Tapi apa yang mustahak, minta maaf pada rakyat,” katanya tanpa merujukkan mana-mana secara khusunya.

“Oleh kerana mereka (rakyat) percayakan fitnah-fitnah yang disebarkan kepada saya, ini baru salah satu saja. saya redha.

“Saya faham suami saya merupakan seorang pemimpin negara, jadi kalau apa yang dia mengalami, saya pun terpaksa mengalami kerana saya isteri dia.

“Jadi saya sabar demi untuk kesejahteraan rakyat, demi untuk kesejahteraan negara, saya sabar akan hadapi apa juga dugaan yang Allah bagi pada saya,” katanya.

Pada 8 April, Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah berkata ejen jualan yang membawa masuk berlian merah jambu dan barangan kemas lain ke Malaysia untuk isteri seorang VVIP telah mengisytiharkan barangan berharga berkenaan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Dia juga mengisytiharkan barangan berkenaan dengan jabatan yang sama ketika meninggalkan negara ini.

 

Sumber : Malaysiakini.com

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.