Osman Sapian tuduh penjawat awam punca dia hilang jawatan Menteri Besar?

single-image

Hari ini merupakan hari kedua Mesyuarat Ketiga bagi penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang ke-14. Dalam sesi perbahasan hari ini kecoh seketika apabila mantan Menteri Besar, Osman Sapian tanpa serba salah mendakwa penjawat awam bertindak ‘anak tirikan’ kerajaan pada hari ini.

Dalam pada itu, Osman Sapian turut mendakwa bahawa penjawat awam negeri Johor khususnya tidak menyokong dan tidak suka akan beliau ketika dirinya menjawat jawatan Menteri Besar Johor selepas Pakatan Harapan Johor berjaya mentadbir negeri itu.

Yang tidak boleh diterima dek akal, Osman Sapian telah mengeluarkan kata-kata kesat. Di mana beliau telah memberi satu analogi jika Penjawat Awam ni seperti budak kecik apabila ditegur boleh disepak tetapi tidak kerana mereka sudah dewasa. Analogi seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seseorang pemimpin apatah lagi mantan Menteri Besar.

Persoalannya kini, adakah dakwaan demi dakwaan ini merupakan gambaran bahawa Osman Sapian cuba untuk menyatakan bahawa Penjawatan Awam negeri Johor ini telah sabotajnya ketika dirinya bergelar Menteri Besar Johor dahulu?

Malah, adakah Osman Sapian mahu salahkan Penjawat Awam di negeri ini kerana dirinya kehilangan jawatan Menteri Besar? Ini kerana daripada apa yang dikatakan oleh Osman Sapian dalam sesi perbahasannya tadi, beliau dilihat benar-benar marah dan tidak senang dengan Penjawat Awam di negeri ini.

Atau sebenarnya sikap Osman Sapian yang tidak senang dengan Penjawat Awam ini berkait rapat dengan bonus yang bakal diterima oleh Penjawat Awam pada tahun hadapan. 

Mana tahu, sebenarnya Osman Sapian marah apabila Menteri Besar, Dr Sahruddin Jamal telah mengumumkan bahawa bonus yang bakal Penjawat Awam terima adalah sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000? Jumlah ini tentunya berbeza semasa zaman pemerintahannya dahulu yang hanya setengah bulan gaji dan minimum RM1,500.

Jadi wajarkah mantan Menteri Besar bertindak menuduh Penjawat Awam yang pernah bekerja untuknya selama ini ‘anak tirikan’ kerajaan pada hari ini?

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.