Osman Sapian jumpa Aminolhuda untuk rampas semula Johor?

single-image

Dalam satu kenyataan yang baru sahaja dikeluarkan Aminolhuda, Pengerusi Amanah merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Johor telah mengesahkan bahawa Osman Sapian ada berjumpa dengan seorang pemimpin Amanah sebelum ini.

https://www.malaysiakini.com/news/540841

Tambah lagi, dalam kenyataan berkenaan Aminolhuda juga dengan terbuka mempelawa mana-mana ADUN Pakatan Harapan yang dahulu bersama mereka untuk kembali menyokong Pakatan Harapan. Walaupun Aminolhuda enggan menyatakan tujuan sebenar pertemuan itu tetapi melihat kenyataan ini rasanya kita sudah boleh menjangkakan apa tujuan dan intipati sebenar pertemuaan berkenaan.

Persoalannya, adakah Osman Sapian akan membawa ADUN Johor yang menyokong Tun Mahathir untuk bersama-samanya nanti? Malah persoalan terbesar, adakah negeri Johor bakal berlaku Pilihanraya Negeri seperti mana yang berlaku di negeri Sabah?

Ini kerana selepas berlaku beberapa siri krisis politik di Johor pada beberapa bulan lepas, Sultan Johor ada memberi amaran untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya diadakan jika mana-mana ADUN di Johor masih berebut kuasa. Tujuan ini adalah bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih semula.

Adakah Osman Sapian akan menjadi punca kepada PRN di Johor?

Dan masih tidak puas lagikah Osman Sapian buat negeri ini huru-hara?

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.