Osman Sapian buat gerakan tolak Mazlan Bujang sebagai Pengerusi PPBM Johor?

single-image

Minggu lalu, tersebar satu cerita yang mengaitkan Osman Sapian dengan 23 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor. Apa yang menjadi isunya apabila Osman Sapian dikatakan telah mengadakan satu perjumpaan tertutup bersama Ketua-Ketua Bahagian PPBM Johor. Yang munsykilnya, Mazlan Bujang yang kini dikatakan sudah dilantik sebagai Pengerusi PPBM Johor tidak dijemput untuk menghadiri perjumpaan tersebut. 

Ternyata, perjumpaan tersebut bukanlah perjumpaan biasa-biasa sahaja antara bekas Menteri Besar dengan Ketua Bahagian. Sebenarnya, hasil perjumpaan tersebut telah membentuk satu memorundum yang pada awalnya sama sekali tidak tahu apa isi kandungan memorundum tersebut. Bahkan Dr Sahruddin selaku Menteri Besar Johor yang baharupun tidak tahu akan intipati memorundum yang diserahkan kepada Tun Mahathir.

Sehinggalah semalam, beberapa laporan akhbar salah satunya akhbar Utusan Online telah melaporkan bahawa memorundum yang dihantar kepada Tun Mahathir sebenarnya adalah memorundum bantahan terhadap pelantikan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi PPBM Johor yang baharu. Jadi tidak hairanlah kenapa Mazlan Bujang tidak dijemput menghadiri perjumpaan pada minggu lalu.

Persoalannya, adakah bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian merupakan dalang yang mengetuai gerakan untuk menolak Mazlan Bujang sebagai Pengerusi PPBM Johor yang baharu? Dan bagaimana pula kedudukan Dr Sahruddin sebagai Menteri Besar Johor serta dalam PPBM Johor?

Lebih pentingnya lagi, persengketaan ini nampaknya semakin jelas dan ia terus berlanjutan sehingga kini. Melalui pemerhatian saya, semalam telah berlangsungnya majlis berbuka puasa PPBM di peringkat negeri Johor. Tentunya kedatangan Mazlan Bujang selaku Pengerusi PPBM Johor dalam majlis tersebut yang paling dinanti-nantikan oleh ahli-ahli PPBM Johor. 

Namun sedikit hampa, apabila mengetahui Mazlan Bujang dikatakan langsung tidak kelihatan pada majlis tersebut. Tertanya-tanya bagaimana majlis PPBM di peringkat negeri tidak dihadiri oleh Pengerusi negeri sendiri? 

Yang kelihatan pada majlis tersebut hanya Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin dan bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian. Persoalannya, adakah Mazlan Bujang sengaja boikot majlis berkenaan atau sebenarnya langsung tidak dijemput seperti mana perjumpaan bersama Ketua Bahagian PPBM Johor minggu lalu?

Nampaknya drama demi drama terus disajikan oleh ahli-ahli PPBM Johor kepada rakyat khususnya rakyat Johor. Sekali gus menjadikan sengketa dan perbalahan di dalam PPBM Johor ini semakin ‘menarik’ untuk dirungkaikan oleh semua pihak. Kita sebagai rakyat Johor boleh perhatikan sahaja apa pula yang akan berlaku selepas ini. 

Sekian.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.