Op Benteng: 17 pendatang tanpa izin Indonesia ditahan di Johor

single-image

KUALA LUMPUR : Seramai 17 pendatang tanpa izin warga Indonesia ditahan ketika pelaksanaan Op Benteng diadakan sekitar Ladang Kurnia, Bandar Penawar, Johor, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam kenyataan memaklumkan kesemua mereka berumur 19 hingga 43 tahun ditahan selepas berada dalam keadaan mencurigakan hasil makluman Pasukan Drone Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) pada 4.30 pagi.

“Kesemua mereka ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita dipercayai baru sahaja tiba dari Indonesia,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pihaknya turut merampas wang tunai mata wang tempatan berjumlah RM8,470 dan matawang Indonesia IR 7,009,000 Rupiah (RM 2,043.30) bersama 14 telefon bimbit dan tiga utas jam tangan.

Kenyataan itu memaklumkan kesemua mereka dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sementara laporan polis dibuat di Balai Polis Bayu Damai, Kota Tinggi, Johor.

Sumber : BERNAMA

Leave a Comment

Your email address will not be published.