Obses kumpul kereta mainan

single-image

KLUANG : Seorang lelaki di Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru, sanggup berhabis lebih RM30,000 untuk hobi yang dikongsi bersama dua anaknya iaitu mengumpul pelbagai model kereta mainan Hot Wheels.

Shah Richa Abd Jalil, 44, berkata, pada awalnya, dia ‘terjebak’ untuk turut serta dengan hobi dua anaknya itu iaitu Irsalina Nadia, 22, dan Irfan Nazib,14, sejak 10 tahun lalu selepas mendapati hobi itu mampu memberikannya kepuasan.

“Sehingga sekarang, kami memiliki kira‑kira 1,673 model mainan seperti kereta, basikal, motosikal serta kapal terbang dan tambah menarik, kesemuanya berwarna merah.

“Ada yang kata pemilihan warna merah ini seperti mengikut kepercayaan sesuatu kaum, namun hakikatnya keluarga saya memang suka warna‑warna cerah seperti ini kerana mudah dicari dan banyak dijual di pasaran,” katanya.

Dia ditemui semasa Karnival Pameran Permainan 2019 anjuran Belia 4B Negeri Johor dengan kerjasama Johor Hot Wheels Community (JHWC) dan Kluang Diecast yang dirasmikan oleh Presiden Belia 4B Negeri Johor, Haz Jalaluddin Abd Manaf di Kluang Juncon, semalam.

Menurut bapa kepada empat anak itu, walaupun ada yang mengatakan hobinya ini satu pembaziran, namuntidak bagi dia dan dua anaknya itu kerana mampu memberikan satu kepuasan lebih‑lebih lagi sekiranya dapat mengumpul model yang susah ditemui.

“Selagi tidak dapat, selagi itulah kami akan mencari koleksi diinginkan walaupun perlu membelinya dengan harga mahal di portal beli‑belah atas talian dan kami akan mengikuti perkembangan semasa setiap koleksi atau keluaran terbaharu.

“Semua koleksi yang berada di dalam simpanan kami initidak akan dijual kerana sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya serta dua anak dan kalau ada karnival seperti ini, saya akan letakkan semua model ini di dalam rak pameran di rumah sahaja,” katanya.

Sementara itu, Haz Jalaludin berkata, objekf utama karnival itu dianjurkan oleh pihaknya adalah untuk mengajak golongan belia khususnya di daerah ini untuk mempunyai satu hobi yang boleh menghindarkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.

Katanya, hasil daripada maklumat diberikan, ramai pempamer yang terlibat di dalam karnival ini adalah golongan belia yang bergerak secara sambilan dengan menjadikan model kereta atau figura sebagai lubuk pendapatan sampingan walaupun mempunyai pekerjaan tetap.

“Selepas ini kami akan membuat perancangan agar karnival seper ini dapat dilaksanakan lebih kerap lagi kerana melaluinya boleh membantu golongan belia menjana pendapatan sampingan untuk menyara kehidupan keluarga,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.