NGO Ikatan Anak Mersing Terus Bantu Penduduk Tempatan

single-image

JOHOR : Berkat usaha yang dilakukan oleh Ikatan Anak Mersing membolehkan penerima bantuan PERKESO yang sebelum ini terputus bantuan pada tahun 2018 kini kembali menerima bantuan dari pihak PERKSESO.

Presiden Ikatan Anak Mersing, Muhammad Syukri Ibrahim berkata perkara ini dimaklumkan sendiri oleh abang penerima ketika lawatan dalam Program Ziarah Kasih yang dianjurkan oleh Ikatan Anak Mersing pada minggu yang lalu.

“Abang penerima bantuan ini memaklumkan bahawa bekalan pampers adiknya sudah terputus sejak 2018.

“Jadi, Ikatan Anak Mersing ambil tanggung jawab itu untuk menghubungi pihak PERKESO dan hasilnya mereka terus menyelesaikan permasalah ini dan terus menyalurkan Kembali bekalan pampers serta bersetuju membuat bayaran balik untuk pembelian pampers sejak 2018,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya.

Dalam pada itu, Muhammad Syukri turut bersyukur dalam masa seminggu sahaja pihak PERKESO datang membawa pelbagai keperluan seperti pampers, kerusi roda dan sebagainya.

-JohorPress

Leave a Comment

Your email address will not be published.