Nelayan marah akhbar kerajaan putar belit kenyataannya

single-image

PONTIAN : Baru-baru ini sebuah akhbar kerajaan yang dikenali sebagai ‘Johor Kini’ telah mengeluarkan satu berita yang bertajuk ‘Jeti baru, nelayan puas hati’. Berita tersebut telah digarap oleh wartawan yang dikenali sebagai Firdaus Zolkifli.

Namun, dipercayai berita yang disiarkan tersebut adalah tidak benar dan rekaan semata. Malah tindakan wartawan tersebut menulis berita yang tidak sahih itu telah mengundang kemarahan nelayan tersebut.

Hasil pertemuan Johor Press bersama pak cik Johari Nawi, kami dapati pak cik Johari begitu terkilan dan rasa marah dengan akhbar tersebut kerana telah memutar belitkan kenyataannya.

“Saya terkejut dan marah dengan tindakan wartawan yang menukar kenyataan saya ‘semberono’,” kata pak cik Johari Nawi.

Menurut pak cik itu, kenyataan yang diberikan adalah mengenai bantuan nelayan dan pampasan (Ex-Gratia) yang dijanjikan kepada mereka lambat diberikan oleh kerajaan negeri.

Malah katanya, dia turut mengadu kepada kerajaan mengenai kos sara hidup nelayan yang semakin meningkat. Dalam pada itu, turut mempertikaikan berkenaan jeti nelayan yang tidak siap-siap dibina sehingga sekarang.

Difahamkan juga, pak cik Johari Nawi ada menelefon wartawan berkenaan untuk meminta penjelasan daripadanya. Jawapan yang diterima adalah wartawan tersebut mengakui silapnya kerana mengeluarkan kenyataan yang salah.

Memandangkan, wartawan tersebut telah mengakui kesilapannya, lebih baik turunkan berita yang tidak sahih dan menulis semula berita yang benar bagi menjelaskan semula keadaan yang sebenar.

Ini kerana sebagai sebuah akhbar yang menjadi bahan bacaan rakyat, wartawan berkenaan mestilah menulis apa yang didengar dari sumber bukannya mengubah fakta yang telah diberikan.

Sekian,

Johor Press

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.