Nak hipster sekalipun jangan bahayakan pelanggan

single-image

Penjual makanan dan minuman pada masa kini mahu menunjukkan kreativiti mereka dalam pelbagai cara demi menarik perhatian pelanggan dan netizen. Namun, ada kalanya pendekatan yang digunakan adalah salah, kononnya untuk menghipsterkan hidangan tetapi jahil mengenai kesan kesihatannya.

Baru-baru ini tular di laman sosial apabila sebuah kedai kopi memilih menjual kopi dalam tin susu pekat manis. Sekali lagi, trend ‘hipster’ menjadi alasan pekedai tersebut.

Namun, ada segelintir netizen yang mula mempersoal kesan penggunaan tin susu untuk kesihatan manusia.

Ekoran kritikan negatif netizen, seorang pegawai perubatan tampil membuat kenyataan di laman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai bahaya penggunaan tin susu terhadap kesihatan manusia.

Posting tersebut dikongsi hampir 600 kali dan puluhan komen netizen yang menyokong kenyataan itu.

Antara risiko makan atau minum dalam tin susu yang diguna semula terhadap kesihatan manusia yang dikongsi pegawai perubatan tersebut ialah:

– Kencing manis
– Bahaya luka atau trauma pada kawasan muka
– Keracunan makanan jika tin kotor atau berkarat

“Jangan nak hipsterkan makanan atau minuman sebagai satu cara menarik perhatian orang ramai.

“Bayangkan beberapa perkara yang boleh terjadi seperti Leptospirosis (kencing tikus), Diabetes

Mellitus (kencing manis), Tetanus infection (kancing gigi), trauma luka akibat besi tajam dan penyakit lain iaitu 3 serangkai kesan daripada kencing manis,” tulisnya dalam Facebook KKM itu.

Sumber : freemalaysiatoday.com

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.