Naib Pengerusi PH Muar letak jawatan

single-image

Naib Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Muar, Naim Jusri meletakkan selepas kecewa dengan gerakerja PH sebagai sebuah pasukan di kawasan parlimen berkenaan.

Beliau berkata PH Muar “tiada hala tuju yang jelas” selepas pilihan raya umum ke-14 lalu dan kerana itu memerlukan kepimpinan baru yang tidak perlu diketuai oleh wakil rakyat.

“Tiada penyusunan gerakerja sebagai satu pasukan yang selaras dengan falsafah; “Kita Satu Keluarga” dan “susah sama-sama susah”.

“Ini menyebabkan keresahan di peringkat akar umbi, seterusnya menyebabkan sokongan terhadap PH semakin terhakis. Justeru, adalah dicadangkan supaya pucuk pimpinan Pakatan Harapan Muar perlu disusun semula.Iklan

“PH Muar juga tidak perlu dipimpin oleh wakil rakyat agar fokus yang lebih baik dapat diberikan kepada gerakerja mengikut peranan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat bertarikh 19 Nov yang dilihat Malaysiakini hari ini.

Surat itu ditujukan kepada Pengerusi PH Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga anggota parlimen Muar serta Menteri Belia dan Sukan.

Malaysiakini difahamkan Saddiq menerima surat semalam. Beliau telah dihubungi untuk mendapatkan reaksi.

Pada pilihan raya umum lepas buat kali pertamanya BN tersungkur di Muar apabila Syed Saddiq mengalahkan bekas anggota parlimennya Razali Ibrahim dengan majoriti 6,953 undi.

Selain Syed Saddiq seorang lagi wakil rakyat di parlimen Muar ialah Adun Maharani, Nor Hayati Bachok.

Naim, yang juga Ketua cabang PKR Muar, sebelum ini pernah bertanding di kerusi DUN Sungai Balang tetapi tewas dengan majoriti 174 undi.

Beliau berkata keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai naib pengerusi PH Muar susulan mesyuarat PKR Muar pada 18 Nov lalu.

Ini selepas PH tewas dengan kekalahan besar pada pilihan raya kecil Tanjung Piai yang disifatkan gabungan itu sebagai isyarat daripada pengundi.

Sumber : Malaysiakini.com

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.