Mujahid jangan pergunakan agama untuk politik

single-image

Mujahid dilihat menyokong tindakan Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru kerana menganjurkan majlis berbuka puasa di Gurdwara Sahib, Johor Bahru, Johor.

Nampaknya, Mujahid ini tidak serik dan sering melindungi rakan politiknya walaupun ianya sesuatu yang menimbulkan fitnah dalam kalangan masyarakat dan agama.

Mujahid juga tidak mengambil kira pandangan beberapa Mufti seperti Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Kedah atas perkara ini.

Kenyataan Menteri Agama yang menyatakan program itu tidak bertentangan dengan agama menzahirkan sikap acuh tidak acuhnya terhadap kesucian agama Islam itu sendiri. Seharusnya beliau perlu menasihati Akmal Nasir bukannya mempersendakan kenyataan-kenyataan orang yang layak memberi hukum agama di negara ini.

Mana-mana pihak yang berhasrat meraikan kepelbagaian beragama atas dasar membina sifat muhibbah, perpaduan dan keharmonian kaum disyorkan memilih platform lain demi mengelak timbul fitnah terhadap aqidah pegangan umat Islam.

Perkara ini perlulah dijauh dan dihindari bagi mengelak persepsi negatif masyarakat Islam kononnya ibadat boleh dilakukan di rumah ibadat bukan Islam kerana Allah telah menentukan setiap agama mempunyai rumah ibadat tersendiri agar dapat membezakan identiti agama.

Kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah. Usah mempergunakan agama untuk tujuan politik.

Dalam kenyataan yang sama hari ini, DYMM Tuanku Sultan Johor turut berdukacita dengan kelakuan Ahli Parlimen Johor Bahru seperti mengunakan Agama dalam tujuan Politik

JOHAN AZAM MOHD YASIN
KETUA PENERANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.