Muafakat UMNO, Pas, MCA, MIC dan NGO semakin utuh

single-image

JOHOR BAHRU – Budaya politik matang sejahtera yang diterjemahkan menerusi kerjasama UMNO dan Pas terus menunjukkan perkembangan positif apabila kini mula disertai MCA, MIC dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk daripada gagasan sejahtera.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, muafakat antara ahli-ahli parti tersebut yang semakin terserlah bukan sahaja di peringkat pusat tetapi juga di peringkat negeri malah turut dapat dilihat di peringkat cawangan.

Menurutnya, sudah banyak program yang dijalankan mereka secara bersama dan ia merupakan satu perkembangan positif yang mereka lihat kerjasama politik sebegitu yang dipercayai amat dinantikan oleh rakyat.

“Budaya politik matang sejahtera itu bukan sahaja kita nak lihat satu anjakan paradigma, perubahan pendekatan politik yang bukan lagi politik berdasarkan persepsi atau perkauman yang sempit,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Pas Johor di Dewan Jubli Perak di Bandar Baru Uda.

Majlis itu turut dihadiri antaranya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Tuan Ibrahim berkata, mereka turut memberi jaminan bahawa politik Malaysia itu perlu dijaga menerusi tiga perkara iaitu keharmonian negara, kestabilan parti politik yang jadi peneraju kepada negata dan mahu melihat masa depan negara yang lebih baik. 

Sumber : Utusan Online

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.