Muafakat Nasional Terus Semarak, Kibarkan Satu Kesedaran – Hasni

single-image

KUALA LUMPUR :Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad menjelaskan bahawa semangat kerjasama Muafakat Nasional (MN) ini harus diterapkan dengan penuh semarak yang kuat.

Katanya, kekuatan politik yang terdapat pada kedua-dua parti Melayu yang terbesar UMNO dan PAS dapat mempertahankan nasib dan masa depan khususnya orang Melayu Islam bahkan juga kaum-kaum yang lain.

“14 September telah genap setahun penubuhannya dan kita mengharapkan semangat kerjasama melalui MN itu akan terus semarak, mengibarkan satu kesedaran yang meluas tentang betapa pentingnya parti Melayu yang besar ini dan ia menjadi kekuatan dalam mempertahankan masa depan orang Melayu.

“Barisan Nasional (BN) Negeri Johor ingin melahirkan penghargaan dan mengucapkan tahniah, selamat maju jaya kepada pimpinan Muafakat Nasional,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berharap agar MN akan menjadi kuasa politik yang digeruni dan disegani.

Jelas beliau, kerjasama ini dapat membentuk sebuah kerajaan yang lebih baik dan juga hubungan persaudaraan sesama akar umbi.

“Saya berharap MN ini diteruskan dengan terbentuknya satu kerajaan yang cukup indah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang… itu harapan saya.

“Kepada semua pendokong-pendokong UMNO, Barisan Nasional (BN) mahupun PAS dengan harapan meneruskan ukhuwah kita, kekuatan silaturahim antara MN ini tiada tandingi,” katanya.

Untuk rekod, Piagam MN telah ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 14 September tahun lalu.

Detik bersejarah ini disaksikan oleh raturan ribu umat Islam baik yang berada di dewan keramat Dewan Merdeka, PWTC, di sini mahupun menyaksikan secara langsung menerusi media sosial.

Sumber : UMNO Online

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.