MP Labis beri ceramah dalam masjid?

single-image

Jika masih ingat awal tahun ini, Ahli Parlimen Pulai merangkap juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, Salahuddin Ayub terpalit dengan satu isu di Johor. Di mana Salahuddin Ayub didakwa telah memberi ceramah berbaur politik di sebuah masjid di Johor Bahru.

Selepas teguran dibuat rupa-rupanya masih ada pihak yang degil dan begitu berani mengulangi kesilapan yang sama. Kali ini individu yang dikatakan memberi ceramah di masjid ialah seorang ahli politik dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Individu berkenaan ialah Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong.

Sedangkan awal bulan Ramadhan tempoh hari, Jabatan Agama Islam Negeri Johor awal-awal lagi sudahpun mengeluarkan pekeliling larangan berceramah di mana-mana surau atau masjid di seluruh negeri Johor. 

Malah Sultan Johor pun sudah  memberi amaran kepada ahli-ahli politik supaya tidak menggunakan surau atau masjid sebagai alat penyebaran ‘dakwah’ politik masing-masing.

Tetapi persoalannya, kenapa masih ada yang berani melanggar pekeliling tersebut? 

Tambah lagi, adakah pihak pengurusan masjid ada memohon kebenaran dari pejabat agama? Jika ada, tunjukkan bukti kepada umum.

Walau apapun alasan yang diberikan Ahli Parlimen ini sepatutnya dirinya menghormati keputusan yang dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Bukan sewenang-wenangnya melanggar pekeliling yang sudah dikeluarkan. 

Jika betul-betul ada keperluan, lebih baik meminta pihak pengurusan surau atau masjid mengeluarkan surat kebenaran terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Jadi harapnya selepas ini perkara ini tidak akan berlaku lagi di mana-mana surau atau masjid di Johor.

Sekian

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.