Menteri Kesihatan jangan tunduk pada desakan C4 dan NGO upahan.

single-image

Terbaca sebuah artikel mengenai beberapa NGO mendesak Menteri Kesihatan untuk menarik balik saman yang telah dikemukakan beberapa hari yang lalu. NGO yang terlibat mendesak supaya Menteri Kesihatan menarik balik saman itu serta-merta dan tanpa syarat. Alasan yang mereka gunakan kononnya Menteri Kesihatan tidak mengamalkan hak kebebasan bersuara.

Pertama, ini suatu permintaan yang sangat tidak munasabah. Ia kerana saman yang dikemukakan oleh Menteri Kesihatan adalah untuk membersihkan nama beliau setelah C4 menfitnah seolah-olah memberi bayangan kepada masyarat pada hari ini bahawa Menteri Kesihatan melakukan aktiviti yang salah sebagai penjawat awam.

Keduanya, mereka mengatakan soal hak kebebasan bersuara? Ini suatu perkara yang sangat lawak. Betul, sekarang masyarakat berhak mengamalkan kebebasan bersuara tetapi ia tidak bermakna mengunakan hak kebebasan bersuara untuk membuat tuduhan tidak berasas seperti ini.

Menteri Kesihatan hanya meminta supaya C4 meminta maaf kepada beliau secara terbuka. Itu sahaja. Jika tidak mampu untuk membuat hal yang demikian apa kata pihak C4 kemukakan bukti yang sahih atas tuduhan terhadap Menteri Kesihatan sekali gus membawa kes ini ke mahkamah. Ini bukan perkara kecil tetapi ia melibatkan nama baik Menteri Kesihatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya.

Jadi saya sarankan supaya Menteri Kesihatan bersama peguamnya meneruskan sahaja saman terhadap C4. Ini sahaja jalan untuk membersihkan nama beliau dan membuktikan bahawa beliau seorang yang bebas daripada rasuah.

Malah ia juga dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya menggunakan hak kebebasan bersuara dengan betul. Jika tidak pasti kejadian seperti ini akan berlaku lagi. Perlu diingatkan negara kita juga ada Undang-undang.

Sekian,

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.