Menteri Besar Johor ini pekak atau bisu ?

single-image

Wahai Menteri Besar Johor, adakah kamu ini pekak atau bisu ?. Sebelum anda labelkan saya sebagai seorang yang biadap kerana berkata seperti itu kepada seorang Menteri Besar. Mari saya terangkan kenapa saya berkata sebegitu.

Pertama, masih ingat kes Ahli Parlimen Labis berceramah didalam masjid. Walaupun perkara ini mendapat kecaman umum dan dengan jelas melanggar titah Tuanku Sultan Johor. Langsung tidak ada apa-apa yang keluar dari mulut Menteri Besar ketika itu.

Kemudian isu berkenaan no plat RZ dan TMJ. Juga datangnya dari Ahli Parlimen Labis ini yang sengaja membangkitkan soalan di Parlimen, sama ada layak atau tidak keluarga Diraja Johor menggunakan pendaftaran berkenaan. Sekali lagi Menteri Besar membisu.

Terbaru isu Ahli Parlimen Kluang mempersedakan tulisan jawi sekali gus perbuatan itu boleh dianggap sebagai menghina agama Islam. Sehingga hari ini masih lagi tiada sebarang kenyataan dari Menteri Besar Johor.

Jika Agama, Bangsa dan Raja dihina, kamu sebagai pemimpin nombor 1 di Negeri Johor langsung tidak berani kehadapan mempertahankannya. Jadi salahkah jika saya katakan kamu ini pekak dan bisu ?.

Atau memang benar kata-kata yang mengatakan bahawa DAP yang berkuasa didalam Pakatan Harapan. Ini kerana setiap kali isu yang berkaitan dengan pemimpin DAP. Jarang sekali kita dapat lihat ada pemimpin Pakatan Harapan berani menegur.

Akhir sekali, sebagai rakyat Johor nilailah sendiri Menteri Besar Johor yang ada ini.

Johan Arif
Persatuan Pemikir Muda Johor

*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.