Menteri Besar jawab isu pergolakan politik di Johor

single-image

JOHOR BAHRU : Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad memberitahu bahawa 29 anggota yang mewakili kerajaan masih lagi kekal seperti asal.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kedudukan Parti Perikatan Nasional di Johor.

“Kita bekerjasama atas rangkaian pelbagai parti jadi persefahaman dalam kerajaan ini antara parti bukan individu. Sekiranya ada sebarang tindakan yang dilakukan oleh individu-individu dalam parti yang diwakili dalam kerajaan mereka ada peraturan dan perlembangaan masing-masing untuk digunakan .

“Walaupun saya maklum melalui sosial media tetapi secara rasmi saya tidak menerima sebarang maklumat tentang pelucutan keahlian khusus dalam kalangan ADUN kerajaan negeri,”

Kemudian, Menteri Besar juga ditanya sama ada Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan atau tidak.

“Pembubaran Dewan Undangan Negeri ini adalah atas budi bicara Tuanku Sultan Johor setelah menerima nasihat daripada Menteri Besar. Apabila Menteri Besar tidak lagi dapat sokongan majoriti maka beliau boleh memaklumkan kepada Tuanku mengenai perkara tersebut dan meminta nasihat untuk membubarkan DUN.

“Tetapi sama ada dibubar atau sebaliknya terpulang kepada Tuanku.” Katanya.

Ini adalah susulan beberapa tindakan yang dibuat oleh Mantan Menteri Besar, Osman Sapian sebelum ini.

-JohorPress

Leave a Comment

Your email address will not be published.