Menteri Besar dan Pakatan Harapan kaki klentong

single-image

Hujung minggu yang lalu kita sudah tahu calon-calon yang akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Pada PRK kali ini telah menyaksikan sebanyak 6 orang calon dan semestinya yang menjadi tumpuan adalah calon daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, PRK ini merupakan PRK kesembilan selepas pembentukan kerajaan baharu. Fakta penting yang kita perlu tahu tentang PRK kali ini adalah setiap calon PRK Tanjung Piai mempunyai tempoh berkempen yang paling lama berbanding lapan PRK sebelum ini.

Malah, kita tahu perang poster, perang bendera dan gegantung calon sangat sinonim dengan aktiviti kempen bagi PRK. Keadaan ini lazimnya akan mewujudkan kemeriahan suasana piliha raya di Kawasan pilihan raya

Tetapi malangnya, suasana kempen tidak dapat berjalan seperti yang dirancang apabila ada sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab membuat kandungan poster palsu yang sengaja direka semata-mata untuk tujuan kempen pilihan raya. Poster yang dimaksudkan adalah :

Persoalannya, apakah tujuan sebenar poster ini dikeluarkan oleh Pakatan Harapan? Adakah mereka cuba menidakkan hasil usaha kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional yang telah mentadbir negeri Johor ini selama 60 tahun lamanya?

Perkara pertama berkenaan air percuma yang dikatakan kerajaan terdahulu TIDAK menyediakan inisiatif ini kepada rakyat negeri Johor. Walhal dibawah kepimpinan Datuk Seri Mohammad Khaled Nordin telah memberi 35 meter padu air percuma kepada rakyat negeri Johor.

Kedua soal Takaful Warga Emas. Biarpun kerajaan terdahulu tidak melancarkan skim Takaful Warga Emas, tetapi kita perlu tahu kerajaan terdahulu sangat prihatin dengan golongan asnaf. Dek kerana itu, mereka telah melancarkan Skim Perlindungan Insurans Takaful.

Perkara ini tidak bermakna, kerajaan terdahulu lupa kepada warga emas. Warga emas dibawah pemimpinan Barisan Nasional tetap mendapat manfaat. Antaranya, Datuk Seri Khaled Nordin pernah memperuntukkan sebanyak RM150,00 bagi membantu warga emas di Johor.

Ketiga berhubung dengan kad sihat Johor yang dimaklumkan kerajaan terdahulu TIDAK pernah memperkenalkannya kepada rakyat. Kita sendiripun tahu Pakatan Harapan ini pakar dalam ‘rebranding’ segala perkara. Jadi tidak hairanlah mereka tidak jumpa fakta sebenar kerana nama inisiatif ini berbeza pada zaman pentadbiran Barisan Nasional.

Ketika pentadbiran Barisan Nasional, pelbagai inisiatif skim kesihatan yang disediakan kepada rakyat Johor khususnya. Antaranya melalui bantuan rawatan hemodialysis di setiap daerah. Bukan itu sahaja, kerajaan Barisan Nasional begitu komited memberi bantuan kepada pesakit-pesakit bukan Islam.

Selain itu, yang menjadi tanda tanya data tahun bilakah yang digunakan Pakatan Harapan untuk mengambarkan pelaburan yang masuk ke Johor begitu juga dengan rizab tunai?

Mereka perlu ingat, Pakatan Harapan Johor mula mentadbir Johor pada bulan Mei 2018. Jadi separuh daripada hasil pelabuhan dan rizab tunai yang dibangga-banggakan itu sebenarnya hasil usaha kerajaan terdahulu.

Kalau betul mahu ‘claim’ mereka punya, setidak-tidaknya bentangkanlah data yang jelas dari Mei hingga Dis 2018. Itu baru betul dari hasil Pakatan Harapan bukannya data palsu seperti ini.

Janganlah asyik mahu menipu rakyat, lagi-lagi semasa musim PRK ini. Sekali tersilap langkah jawabnya termasuk perangkap sendiri. Lihatlah sekarang, rakyat sudah pandai menilai siapa yang benar dan siapa yang menipu. Jangan kerana terlalu ghairah untuk menang sehingga sanggup mereka-reka cerita palsu.

Sekian.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.