Melayu mudah lupa

single-image

DAHULU pada Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955, orang Melayu hanya ada dua pilihan sama memilih UMNO ataupun PAS.

Selepas itu, menjelang 1998, muncul satu lagi parti politik baru yang mewarnai politik negara iaitu PKR, ketika itu orang Melayu sudah ada tiga pilihan, sama ada mahu memilih UMNO, PAS atau PKR.

Selepas PRU-13, gabungan antara PAS, PKR dan DAP yang ketika itu membentuk Pakatan Rakyat telah terkubur. Kesan daripada itu muncul pula parti serpihan PAS iaitu AMANAH.

Pada waktu itu, parti Melayu telah berpecah empat. UMNO, PAS, PKR dan AMANAH. Lupakah Melayu?

Diingatkan hanya empat, tetapi selepas itu muncul pula PPBM selepas beberapa pemimpin tertinggi UMNO dipecat sekitar tahun 2016.

Jadi, pada PRU-14 lalu, orang Melayu berpecah kepada lima parti yang berbeza. Biarpun tiga daripadanya (PKR, AMANAH dan PPBM) bersatu di Pakatan Harapan (PH) pada waktu itu, namun hakikatnya orang Melayu semakin berpecah.

Lupakah Melayu?

Kini menjelag PRU-15, muncul pula satu lagi parti Melayu yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran perpecahan dalam PPBM.

Kini orang Melayu mempunyai enam parti politik yang berbeza. Apakah perpecahan dalam kalangan Melayu baik untuk kaum berkenaan?

Pada 2001, Tun Dr Mahathir Mohamad menukil sebuah sajak berjudul “Melayu Mudah Lupa.”

Mesej yang dibawa dalam sajak berkenaan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu agar tidak mudah lupa sesuatu yang pernah dialami oleh kaum itu, untuk tidak mengulangi penderitaan dan kesengsaraan sebelum ini. 

Peringatan itu juga untuk memotivasikan orang Melayu terus bangkit berjuang.

Persoalannya, sedarkah orang Melayu?

Sedarkah rakyat pemimpin-pemimpin negara dan Perdana menteri sendiri datangnya dari kilang umno?

Melayu, Melayu, Melayu !!!

Kaum Cina dan India juga berselisih faham dari segi politik tetapi tidaklah sehingga mereka menjatuhkan sesama kaum sendiri.

Berbeza dengan orang Melayu, walaupun berbeza pendapat sedikit, boleh menyebabkan mereka tidak bertegur sapa, sedangkan mengikut ajaran Islam, perbezaan pendapat itu satu rahmat

Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang mengubahnya.” (Ar-Rad, ayat 11).

Alhamdulillah UMNO dan PAS telah pun membentuk Muafakat Nasional (MN) bagi mengukuhkan perpaduan dan juga kerjasama dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Orang Melayu tidak boleh terus berpecah kerana kesannya adalah sangat tidak baik kepada agama, bangsa dan negara. Lihat sahaja kesan kemenangan ekoran PH pada PRU-14 lalu.

Biarlah saat itu berlaku kerana negara kini telahpun ditadbir oleh karajaan sementara. Sedarlah wahai Melayu, perpecahan bukan sahaja tidak menguntungkan orang Melayu itu sendiri, malah kepada agama, bangsa dan negara.

Muafakatlah kerana apabila bersatu kita teguh tetapi apabila bercerai, kita akan roboh.

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.