MELAYU, MELAYU, MELAYU

single-image

Saya amat tertarik dengan pengakuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya ketika ini tidak cukup elemen keMelayuaan. Pengakuan itu dibuat di hadapan ribuan orang Melayu pada Kongres Maruah Melayu di Shah Alam, semalam.

Pengakuan Tun Mahathir memberi isyarat jelas bahawa kerajaan pimpinnya kini tidak pro-Melayu dan tidak cukup kuat untuk membela nasib orang Melayu kerana dikuasai oleh bukan Islam khususnya DAP.

Melalui kenyataan itu, Tun Mahathir memberi isyarat jelas bahawa orang Melayu tidak boleh bergantung harap terhadap kerajaan PH untuk membela dan memperjuangkan agenda Melayu, Bumiputera yang semakin hari semakin ditekan oleh pihak tertentu.

Maruah Melayu sememangnya sudah banyak tercalar, dan semakin hari maruah Melayu semakin ditekan oleh puak Cauvinis yang memperjuangkan kesamarataan.

Saya sedar Tun Mahathir gusar melihat kegagalan kerajaan dan menteri-menteri Melayunya dalam PH memperjuangkan nasib orang Melayu dan Bumiputera, sebab itulah tanpa berselindung mengakui kerajaannya kini “tak cukup Melayu”.

KONGRES MARUAH MELAYU GAGAL

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyifatkan kenyataan dan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu Kongres Maruah Melayu (KMM) 2019 yang diadakan pada 6 Oktober 2019 begitu mengecewakan kerana sekadar menghina bangsa Melayu sendiri tanpa ada idea baru yang diketengahkan.

Boleh dikatakan sebanyak lebih 70 peratus ucapan Dr Mahathir menjatuhkan imej kaum tersebut selain tidak menampakkan elemen baharu ke arah menuju perpaduan ummah. Ianya menampakkan orang Melayu lemah dan berpecah.

Persoalannya, apakah Tun Mahathir hanya mahu berdiam diri dan membiarkan maruah Melayu dirobek-robek. Jika Tun Mahathir sayangkan orang Melayu, bubarkan Parlimen kerana orang Melayu sudah nampak kesilapan kerana salah pilih kerajaan.

Saya yakin dan percaya, Orang Melayu sudah bersedia untuk memperbaiki kesilapan dan membentu kerajaan yang kuat yang membela nasib mereka dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Mohd Hairi Mad Shah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.