MBJ iringi PM lawat mangsa banjir

single-image

JOHOR BAHRU : Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad mengiringi Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kolej Vokasional Kota Tinggi, hari ini.

Perdana Menteri turut diberikan taklimat dan perkembangan terkini situasi banjir di negeri ini termasuk Kota Tinggi yang juga daerah paling teruk terjejas oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Dato’ Haji Mohd. Noh  Ibrahim dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Farizal Ismail.

Perdana Menteri kemudiannya turut melawat PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, YB Datuk Samsolbari Jamali dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Zaiton binti Ismail.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada mangsa banjir di PPS SK Laksamana, Kota Tinggi – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menyantuni mangsa-mangsa banjir di PPS SK Laksamana, Kota Tinggi – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Sebilangan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi – Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

PPS di Kolej Vokasional Kota Tinggi dilaporkan mula dibuka sejak semalam menempatkan 126 mangsa banjir membabitkan 28 keluarga dari Taman Kota Jaya.

Sementara itu, PPS di SK Laksamana pula menempatkan 156 mangsa banjir melibatkan 35 keluarga dari Taman Aman, Batu 25 dan Taman Mawai.

Setakat ini terdapat tujuh daerah yang telibat, antaranya Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Mersing, Pontian dan Segamat.

Sehingga jam 12 tengah hari seramai 5,499 mangsa daripada 1,414 keluarga yang terjejas di 52 PPS.

Jumlah itu telah berkurangan berbanding 5,485 orang daripada 1,408 keluarga jam 8 pagi tadi.

Banjir kali ini telah merekodkan tiga kematian membabitkan seorang warga emas dan dua lelaki dewasa di daerah Kluang setakat ini.

Sumber : Makmur Johor

Leave a Comment

Your email address will not be published.