MB Johor upah cytro untuk tutup kelemahan?

single-image


Nampaknya kerajaan Pakatan Harapan Johor mulai sedar bahawa mereka sudah mula goyah dengan kedudukan mereka hari ini. Malah, populariti kerajaan Pakatan Harapan Johor pun kian merudum beberapa bulan kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi apabila bencana pencemaran di Pasir Gudang kembali menyerang penduduk di kawasan tersebut pada bulan Jun yang lalu.

Sehingga ke hari ini jelas dapat kita lihat pihak kerajaan agak lambat bertindak sehinggakan ada wakil kepada mangsa-mangsa pencemaran ini hilang sabar dan bertindak memfailkan saman. Mungkin bagi mereka dengan cara ini sahaja akan membuka mata pihak-pihak yang berkenaan untuk segera bertindak bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Pasir Gudang kini.

Namun selepas dilihat gagal meraih kepercayaan penduduk di Pasir Gudang bagi menangani masalah ni. Kerajaan negeri Johor dilihat mencari alternatif mudah dengan mengupah askar siber untuk mempertahankan kerajaan yang ada pada hari ini dan meletakkan kesalahan yang berlaku di Pasir Gudang ini pada kerajaan yang lepas. 

Facebook page ini telah ditubuhkan pada 27 Jun 2019 yang lalu dengan diberi nama sebagai ‘Kelab Penyokong Dr Sahruddin Jamal’. Jelas sekali penubuhan page ini bagi membela dan mempertahankan nasib kerajaan negeri yang ada pada hari ini sebelum dikecam lagi teruk kerana lambat bertindak untuk menangani isu di Pasir Gudang.

Apa yang menariknya page ini bukan sahaja mengeluarkan hujah-hujah ‘berfakta’ tetapi turut diselitkan dengan beberapa kenyataan yang cuba memburuk-burukkan dan mengaitkan kerajaan lepas dengan isu yang berlaku di Pasir Gudang pada hari ini.

Misalnya, mereka telah membuat tuduhan melulu dengan mengatakan tokey-tokey Cina kilang yang ada di Pasir Gudang sebelum ini telah membuat ‘kawtim’ dengan kerajaan lepas. Jika benar berlaku ‘kawtim’ antara mereka dengan kerajaan lepas, tunjukkan bukti supaya rakyat boleh percaya dengan dakwaan tersebut.

Atau cara paling mudah buka kertas siasatan dan siasat sendiri sama ada dakwaan yang dibuat itu benar atau hanya rekaan semata-mata. Jangan sibuk salahkan kerajaan lepas semata-mata  untuk menutup kelemahan kerajaan pada hari ini. 

Mungkin gelombang pertama pencemaran udara yang berlaku pada bulan Mac yang lalu, boleh  kita salahkan kerajaan yang lepas. Tetapi ini tidak sampai tiga bulan insiden pertama berlaku, sekali lagi pencemaran udara menyerang penduduk di Pasir Gudang. Jadi masih mahu salahkan kerajaan yang lepas juga? Selama 3 bulan ini apa yang sudah kerajaan lakukan?

Sudah-sudahlah guna skrip yang sama dengan menyalahkan kerajaan yang lepas. Rakyat sudah muak dengan alasan yang sama. Sampai bila mahu gunakan alasan yang sama untuk menutup pekung di kaki sendiri?

Jangan cari jalan singkat untuk menutup kelemahan sendiri dengan menyalahkan pihak lain. Apabila sudah berada di blok kerajaan silalah jalankan tugas dengan baik bukannya sesuka hati meletakkan sesuatu kesalahan itu di bahu orang lain jika tidak dapat menyelesaikannya. Kalau  asyik mahu salahkan orang lain, mudahlah sebenarnya jadi kerajaan pada hari ini!

Jika tidak mampu menyelesaikan masalah ini, lebih baik undur diri dan beri peluang kepada orang lain yang benar-benar layak untuk membela nasib rakyat di Johor khususnya penduduk di Pasir Gudang.

Sekian.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:
1 Comment
  1. melayupasirgudang 2 months ago
    Reply

    Menyalahkan kerajaan terdahulu adalah skrip mudah kerajaan PH tanpa di sedari mandat yang diberi rakyat adalah mengubah,memperbaiki dan memperkenalkan idea idea baru untuk Johor yg lebih baik.

    Kerajaan PH Johor gagal mengambil peluang ini, rakyat tahu ada perkara yg perlu di perbetulkan itu sbb rakyat pilih nakhoda baru,maka jalankanlah tugas bukan hanya pandai berjanji, pisau di tangan kamu potong saja mana yg tak kena, menuduh tokey kilang ada kawteam dgn jabatan dan agensi satu masalah pun takkan selesai cari bukti,dakwa dan jatuhkan hukuman habis cerita kerajaan PH akan lebih dihormati kalau dapat dakwa tokey tu kat mahkamah. Nak tanya apa cite tokey kilang yg kata menteri Alam Sekitar dan JAS Johor esok pagi nak dakwa, dah berspa ratus pagi dah,tak dengar pun ada yg kena penjara , dah kawteam dgn menteri ke?.

    Buat budin MB ubahlah jgn ikut perangai Osman Sapian nanti tak lekat duduk kat saujana tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published.