MB Johor tolak soalan ADUN Layang-Layang

single-image

Sebentar tadi, saya baru terbaca satu status yang dimuat naik oleh ADUN Layang-layang, YB Dato’ Onn Hafiz berkenaan dengan soalannya yang ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Sahruddin Jamal.

Soalan saya sangat mudah. Bilakah tol Simpang Renggam akan menjadi percuma? Kenapa pihak YAB MB menolak soalan saya?…

Posted by Onn Hafiz on Wednesday, November 6, 2019

Sedangkan ADUN Layang-layang hanya bertanya soalan bilakah tol simpang renggam akan menjadi percuma? Bagi saya soalan tersebut tidak salah diajukan oleh ADUN Layang-layang memandangkan isu tol simpang renggam ini sudah dijanjikan oleh seorang Menteri yang berasal dari Johor sendiri.

Walaupun ia bukan dibawah bidang kuasa Menteri Besar Johor tetapi sebagai Menteri Besar dari kerajaan yang memerintah beliau sepatutnya boleh menjawab soalan tersebut. Hal ini kerana soalan yang diajukan tersebut sudah terang-terang mengenai negeri Johor.

Tidak kisahlah bagaimanapun jawapannya itu nanti tetapi setidak-tidaknya soalan itu diterima dan dijawab oleh Menteri Besar sendiri sekali gus ia menampakkan Dr Sahruddin Jamal sebagai seorang Menteri Besar yang bersifat terbuka dan profesinal. Bukannya tolak mentah-mentah soalan yang diajukan oleh ADUN.

Semalam, bukan main lagi sibuk mahu mengambil ‘microphone’ jentera Barisan Nasional di Tanjung Piai. Sekarang apabila ditanya tidak mahu menjawab pula. Apa nak jadi?

Kalau lihat pada ruang komen di Facebook Dato Onn Hafiz rata-rata netizen mengutuk dan mengecam tindakan Menteri Besar itu. Antaranya :

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.