MB Johor kaki fitnah

single-image

Selepas terbaca suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Johor baru-baru ini. Kami terpanggil untuk membalas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh satu portal rasmi kerajaan Johor.

Di mana dalam portal tersebut Menteri Besar Johor telah mengaitkan nama Johor Press kononnya kami telah menyebarkan khabar angin bahawa dirinya bakal meletakan jawatan tidak lama lagi.

Pertamanya, kenapa Menteri Besar Johor mengaitkan nama Johor Press dalam kenyataan media beliau? Sedangkan Johor Press tidak pernah keluarkan apa-apa berita ataupun grafik  berkenaan isu perletakan jawatannya.

Kedua, kami mencadangkan supaya Menteri Besar Johor menyenaraikan satu per satu berita, artikel atau grafik yang kononnya Johor Press pernah buat untuk menyebarkan khabar angin tentang isu peletakan jawatannya.  

Kalau Menteri Besar Johor berani tunjukkan juga bukti kepada umum bahawa khabar angin tersebut memang benar datangnya dari Johor Press.

Ketiga, adakah kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah sengaja untuk memburuk-burukkan imej Johor Press? Untuk apa kami keluarkan cerita-cerita yang tidak sahih?

Akhir sekali, kami ingin memberi sedikit pesanan kepada Menteri Besar Johor supaya jangan sesuka hati menabur fitnah kepada orang. Anda sekarang merupakan Menteri Besar jadi tolong beri teladan yang baik bukannya menunding jari kepada orang lain.

Kami menuntut supaya Menteri Besar Johor untuk mengemukakan bukti dan portal yang berkenaan juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada Johor Press.

Di samping itu, kami juga ingin sertakan beberapa bukti keratan kenyatan Menteri Besar Johor sebagai rujukan.

-Johor Press

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.