MB Johor bakal bertanding di Tanjung Piai?

single-image

Seminggu dua ini rakyat khususnya rakyat Johor sedang sibuk memperkatakan tentang calon yang bakal bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai tidak lama lagi.

Sehingga ke hari ini baik di pihak Pakatan Harapan mahupun pembangkang masih merahsiakan lagi siapa yang bakal dicalonkan nanti. Walau bagaimanapun, parti komponen Pakatan Harapan yakni Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor telah mengesahkan bahawa mereka akan meletakkan calon mereka untuk mewakili Pakatan Harapan bagi bertanding di PRK itu nanti.

Dari maklumat yang diterima ada yang mengatakan berkemungkinan besar BERSATU Johor akan meletakkan Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal sebagai calon PRK Tanjung Piai. Tidak pasti sama ada khabar angin ini benar mahupun rekaan semata-mata.

Namun, di sini ada beberapa fakta yang boleh menguatkan lagi dakwaan ini sekali gus kita boleh menganggap khabar angin ini bukannya rekaan semata-mata tetapi ia adalah benar.

Fakta pertama adalah semasa sidang media yang diadakan sebelum ini, Muhyiddin Yassin langung tidak berani mengumumkan nama calon. Sedangkan kita tahu itulah waktu yang tepat untuk beliau mengumumkannya. Memandangkan BERSATU Johor telah mengesahkan bahawa parti komponen tersebut yang bakal mewakili Pakatan Harapan.

Fakta kedua adalah Menteri Besar Johor telah dilantik sebagai Pengarah Operasi sedangkan dirinya bukan Pengerusi BERSATU Johor. Kenapa BERSATU Johor tidak melantik Ketua Bahagian atau Pengerusi BERSATU Johor sendiri sebagai Pengarah Operasi bagi PRK Tanjung Piai?

Fakta ketiga adalah kerusi yang kosong itu dikatakan sedang direbutkan oleh keluarga Arwahyarham dan Ketua Bahagian.

Jadi apabila kita lihat semula ketiga-tiga fakta ini, ia boleh menguatkan lagi dakwaan bahawa nama Menteri Besar Johor akan naik sebagai calon yang bertanding kerusi Parlimen Tanjung Piai.

Persoalannya lagi, adakah orang Tanjung Piai sanggup menerima Menteri Besar Johor yang sering kali membisu untuk jadi Ahli Parlimen mereka?

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.