Mazlan Bujang tidak hadir pertemuan sempena Hari Raya Aidilfitri bersama Sultan Johor

single-image

Umum mengetahui bahawa semalam DYMM Sultan Johor berkenan menerima kunjungan Ketua-ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri Johor di Istana Pasir Pelangi. Walau bagaimanapun, dapat dilihat bahawa kehadiran Ketua-ketua Bahagian BERSATU dalam perjumpaan Hari Raya Aidilfitri bersama DYMM Sultan amat mengecewakan.

Apa tidaknya, Mazlan Bujang selaku Pengerusi BERSATU negeri Johor dan hampir separuh daripada Ketua-ketua Bahagian BERSATU Johor langsung tidak menunjukkan muka dalam pertemuan itu. Perkara ini menimbulkan banyak tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Monday, 10 June 2019

Yang hairannya, apabila baru-baru ini Badan Perhubungan UMNO Johor diterima menghadap DYMM Sultan Johor ramai sibuk yang mempertikaikannya. Tetapi apabila Badan Perhubungan BERSATU Johor diterima mengadap, Pengerusi dan separuh daripada Ketua-ketua Bahagian BERSATU pula tidak hadir, tidak pula kecoh dan mendapat liputan ‘khas’. 

Melihat kepada tindakan Mazlan Bujang dan ‘teamnya’, mereka seolah-olah sengaja melancarkan provokasi terhadap pihak istana. Apatah lagi alasan yang diberikan Mazlan Bujang tidak hadir sangat tidak munasabah dan tidak masuk akal. Di mana Mazlan Bujang memberi alasan untuk menghadiri program dikawasannya dan tidak mahu mengecewakan masyarakat dikawasannya.

Tidak keterlaluan jika menyifatkan tindakan Mazlan Bujang ini sebagai tindakan yang biadap apabila sudah diterima mengadap tetapi tidak hadir. Lebih-lebih lagi dirinya memangku jawatan sebagai Pengerusi BERSATU Johor yang baharu. Jadi tindakan ini sangat memalukan apabila ada pemimpin di negeri Johor bertindak membelangkangi DYMM Sultan Johor.

Tidak salah sekiranya Mazlan Bujang mahu menunjukkan muka walaupun sebentar cuma untuk menjaga hati DYMM Sultan Johor kemudian teruskan niatnya untuk bersama rakyat dikawasannya. Ataupun tangguhkan dahulu mana-mana program dan utamakan perjumpaan mengadap DYMM Sultan Johor bukannya membelangkanginya. 

Dalam pada itu, apa yang jelas kelihatannya adalah kunjungan BERSATU ke perjumpaan tersebut hanya dihadiri team Osman Sapian dan team Saharuddin Jamal sahaja. Jadi adakah ini menjadi alasan utama mengapa Mazlan Bujang tidak hadir ke perjumpaan tersebut?

Malah persoalan utamanya lagi adakah Mazlan Bujang hanya sekadar memberi alasan dan mereka-reka alasan untuk mengelak daripada menghadiri perjumpaan tersebut? Ini kerana dalam Facebook rasmi Mazlan Bujang tiada satupun gambar yang dimuat naik yang membuktikan dirinya menghadiri program di kawasannya. 

Jadi harapnya Mazlan Bujang dapat menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan ini agar tidak timbul lagi salah faham selepas ini. 

Sekian

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.