Mazlan Bujang ‘hilang’ selepas tidak dilantik Pengarah PRK Tanjung Piai

single-image

Baru-baru ini, Pakatan Harapan Johor mengadakan satu mesyuarat khas berkaitan PRK Tanjung Piai. Pada mesyuarat tersebut, Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman menggejut apabila melantik ADUN Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal merangkap Menteri Besar Johor sebagai Pengarah Jentera bagi menghadapi PRK Tanjung Piai nanti.

Saya yakin perkara ini sesuatu yang luar biasa berlaku dan luar jangkaan semua pihak. Malah perkara ini jugalah menyebabkan ianya mendapat perhatian dari pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan politik semasa.

Lantikan Sahruddin Jamal sebagai Pengarah Jentera telah menimbulkan pelbagai tanda-tanya dan spekulasi yang luar biasa. Apa tidak, kebiasaannya tugas tersebut akan disandang oleh pengerusi parti.

Ini bermakna secara logiknya, Mazlan Bujang selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah individu yang sepatutnya dilantik sebagai Pengarah Jentera tetapi sebaliknya berlaku apabila Menteri Besar Johor pula yang menyandang tugas tersebut.

Tidak hairanlah kenapa sosok Mazlan Bujang langsung tidak kelihatan dalam mesyuarat mahupun sidang media. Mungkin juga ada betulnya khabar angin yang mengatakan bahawa Mazlan Bujang hilangkan diri kerana ‘merajuk’ tidak dilantik sebagai Pengarah Jentera. Jadi adakah perkara ini benar?

Walau bagaimanapun, dengan pelantikan ini adakah ia memberi gambaran yang lebih jelas mengenai khabar angin sebelum ini yang mengatakan BERSATU Johor terbahagi kepada beberapa ‘kem’?

Atau sebenarnya sengaja melantik Menteri Besar Johor sebagai Pengarah Jentera supaya senang nanti mereka mahu mengunakan jentera kerajaan negeri semasa berkempen nanti.

Dalam masa yang sama, jangan hairan juga jika semasa pembentangan Bajet Johor 2020 nanti akan lebih kepada kawasan Tanjung Piai. Ini kerana Menteri Besar Johor selaku Pengarah Jentera PRK Tanjung Piai sudah pasti akan berusaha mengunakan apa sahaja cara untuk menang termasuk menabur gula-gula dalam Bajet Johor kelak.

Selain kejanggalan Sahruddin Jamal dilantik sebagai Pengarah Jentera. Lebih janggal lagi, apabila Osman Sapian pula dilantik sebagai Setiausaha Pakatan Harapan bagi PRK Tanjung Piai.

Persoalannya, bagaimana seseorang yang tidak berjawatan tinggi dalam parti di peringkat negeri boleh diberikan kepercayaan besar untuk memimpin sebuah organisas lebih-lebih lagi seperti  PRK Tanjung Piai? Kalau ini yang berlaku, tiada gunanyalah Mazlan Bujang sebagai Pengerusi BERSATU Johor.

Apabila situasi sudah menjadi sebegini rupa, menimbulkan tanda tanya besar adakah perbincangan calon juga tidak melibatkan Mazlan Bujang sedangkan dia adalah Pengerusi BERSATU negeri Johor?

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.