Marina Ibrahim sudah jauh terpesong kerana bersama DAP?

single-image

Ramai agak terkejut melihat tweet Marina Ibrahim melalui akaun peribadi Twitternya baru-baru ini. Tweet berkenaan merujuk kepada respondnya terhadap tweet Presiden PAS.

Tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan oleh Marina Ibrahim ‘saya pula berpegang dengan konsep tuhan tidak akan menilai amalan seseorang melalui apa bangsa dan agama’? Adakah Marina Ibrahim cuba ingin menerapkan ajaran Pluralisma kepada masyarakat.

Kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat. Takut-takut semakin jauh terpesong jika tidak bertindak awal. Adakah perkara ini terjadi adakah disebabkan faktor terlalu lama bersama DAP?

Ingatlah paling penting sekali jika anda mahu rosak, anda rosaklah sendiri. Jangan sesekali mengheret anak bangsa yang lain untuk turut rosak bersama ideologi DAP. Tolong jangan masukkan idea Pluralisma dalam komuniti kita hari ini.

Akhir kata, anda orang islam sepatutnya lebih berjaga-jaga dalam tutur kata apatah lagi bila ingin bicara soal agama. Soal agama bukan perkara yang boleh ikut sedap tekak dan main hembus sahaja. Lain kali sebelum memuat naik apa-apa hantaran lebih-lebih lagi mengenai hal-hal sensitif seperti ini ada baiknya rujuk pada yang lebih pakar.

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.