Mana maruah Osman Sapian?

single-image

Politik di Johor kembali menjadi bualan semua pihak susulan tindakan Osman Sapian dengan slumbernya dilihat bersama beberapa pemimpin parti Pejuang semasa kempen pilihan raya kecil Slim. Keadaan ini nampak biasa jika Osman Sapian ke Slim untuk menyokong calon Perikatan Nasional tetapi ia agak luar biasa apabila Osman Sapian ke sana untuk menyokong calon Pejuang.

https://www.sinarharian.com.my/article/98262/BERITA/Politik/Hanya-makan-angin-di-Slim-tiada-kaitan-politik

Meskipun Osman Sapian telah menyatakan dirinya ke Slim tiada kaitan dengan politik dan hanya makan angin sahaja. Ia tetap nampak janggal di mata rakyat. Dalam banyak-banyak tempat makan angin di Perak boleh dilawatinya tetapi kenapa bilik gerakan parti Pejuang juga menjadi destinasi pilihan Osman Sapian?

Malah menurut posting di Facebook Ops Johor terdapat ura-ura mengatakan akar umbi parti Pejuang sendiri membuat petisyen tolak Osman Sapian untuk menyertai parti tersebut. Atas alasan kegagalan Osman Sapian dalam mengurus tadbir negeri Johor, mengejar kedudukan dan kuasa serta banyak lagi alasan yang dikemukakan.

AKAR UMBI PEJUANG BUAT PETISYEN TOLAK OSMAN SAPIAN“Dia tidak layak sertai parti kami”Pehhh malunya, Ops Johor rasa…

Posted by OPS JOHOR on Tuesday, August 25, 2020

Pendek kata, mereka memang tidak mahu Osman Sapian sertai parti Pejuang. Lihat sendiri jika sudah sampai ke tahap ini akar umbi tidak boleh menerima Osman Sapian, adakah Osman Sapian masih tidak malu lagi? Di mana maruah dan pendirian Osman Sapian dalam hal ini?

Persoalan terbesar, adakah Osman Sapian sanggup derhaka dengan titah Sultan Johor semata-mata ingin memberi sokongan kepada ‘atuk’?

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.