Malaysia tidak terburu-buru beli vaksin Covid-19

single-image

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan terburu-buru dalam membuat pembelian vaksin Covid-19 daripada mana-mana negara pengeluar yang mendakwa berjaya membangunkan rawatan bagi menangani virus membawa maut itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ini kerana negara pengeluar vaksin itu perlu melalui tiga tahap ujian klinikal terlebih dahulu bagi memastikan ia selamat digunakan ke atas manusia.

“Kita tak terburu-buru nak membeli vaksin dan di negara kita sendiri kita ada pakar-pakar cuba membangunkan vaksin di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Klinikal Malaysia, MOSTI dan universiti awam.

“Sebelum kita nak beli vaksin, dia perlu melalui fasa satu, dua dan mesti melalui fasa ketiga ujian klinikal dibuat ke atas manusia.

“Ujian fasa ketiga pun kita tak buat di Malaysia, pertama kita perlukan contoh manusia sendiri untuk kita buat ujian klinikal,” katanya dalam sidang media di KKM, hari ini.

Dalam pada itu, pembelian vaksin hanya dibuat apabila pengeluar rawatan virus Covid-19 benar-benar diyakini ketulenannnya dalam membangunkan produk klinikal ini.

“Vaksin ini kalau nak bangunkan, dia mesti pengeluar yang kredited atau kita boleh yakin dia pengeluar betul-betul tulen,” jelasnya.

Katanya, walaupun negara-negara luar seperti China, Thailand, India, United Kingdom, Amerika Syarikat dan terkini Rusia berjaya menghasilkan vaksin itu, namun sehingga tiada yang melepas fasa ketiga ujian klinikal.

“Kita menunggu beberapa negara membuat ujian klinikal seperti vaksin yang dikeluarkan di China, UAE dan Brazil.

“Russia sebenarnya belum sampai peringkat klinikal ketiga, jadi kita tidak akan beli kerana ia perlu melalui fasa ketiga klinikal, kedua keyakinan kita terhadap keselamatan vaksin itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, Malaysia sentiasa berhubung dengan negara-negara pengeluar vaksin untuk mendapatkan perkembangan sejauh mana ujian klinikal itu benar-benar dilaksanakan.

“Kita belum mula membeli dan kita masih menggunakan diplomasi sains dan akses kepada negara-negara yang boleh mengeluarkan vaksin-vaksin tersebut.

“KKM memang sentiasa berhubung dengan pihak pengeluar-pengeluar vaksin ini dan negara-negara yang membangunkan vaksin ini,” katanya lagi.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.