Malaysia Perlukan Pelaburan Baru, Bukan Hutang Baru

single-image

Setelah lebih 1 tahun 4 bulan Kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir mengambil alih pemerintahan Kerajaan Malaysia, ekonomi negara semakin hari semakin teruk dan tenat.

Ringgit Malaysia berada paras yang sangat lemah berbanding dollar AS. Ramai rakyat Malaysia yang ingin keluar negara waima ke Indonesia, Thailand dan negara ASEAN juga merungut dan mengeluh kerana mata wang ringgit yang sangat rendah. Inikan pula bagi mereka yang ingin pergi EROPAH atau Jepun, pasti rendah sekali wang pertukarannya.

Jika dahulu dijanji, “Najib Turun, Harga Minyak Turun”, “Najib Turun, Mata Wang Meningkat”. Tapi hari ini kita dapat pastikan itu hanyalah sekadar mitos permainan politik Tun Mahathir dan Pakatan Harapan bagi memancing undi rakyat.

Kesalahan yang paling dasyat yang dilakukan Tun Mahathir adalah menghapuskan GST, dan melaksanakan 3 bulan bebas cukai (“tax holiday”) yang populis tetapi memberikan impak kewangan yang amat dasyat kepada negara. Ironinya, dalam masa yang sama “tax holiday” dilaksanakan, Tabung Harapan dilancarkan untuk meminta bantuan rakyat konon-kononya negara tiada duit untuk membayar hutang. Ironi bukan? Sepatunya apabila membuat “tax holiday” ia sebenarnya negara dalam keadaan yang sangat kukuh tanpa GST, tetapi sebaliknya berlaku.

Kita lihat, Tun Mahathir selalu sahaja ke luar negara. Singapura, China, Rusia, Japan. Tetapi kadar pelaburan yang dibawa masuk ke Malaysia sangat menghampakan. Mungkin faktor ketidakstabilan politik negara membuatkan negara luar takut untuk melabur ke dalam negara.

Mana mungkin pelabur yakin dengan negara yang dipimpin oleh Perdana Menteri berumur 94 tahun yang datang daripada parti terkecil sokongan dalam Pakatan Harapan boleh bertahan dalam tempoh yang lama. Selain daripada itu, tiadanya transisi peralihan kuasa yang jelas antara Tun Mahathir dan bakal Perdana Menteri ke-8 membuat pelabur-pelabur asing untuk mengambil sikap tunggu dan lihat dan mungkin “KIV” niat dan hasrat untuk melabur ke dalam negara.

Tetapi jangan pelik, ketika Malaysia mengalami masalah untuk mendapatkan pelaburan luar negara, sebuah negeri bernama “KEDAH” secara tiba-tiba dilaporkan akan mendapatkan pelaburan besar daripada China. Betul, Kedah. Bukan Selangor, Penang, Johor atau Sarawak negeri-negeri kuasa ekonomi utama di Malaysia. Pastinya ini adalah bukti ‘kronisme’, ‘nepotiseme’ yang nyata dan telah dihalalkan oleh Tun Mahathir dengan anaknya Datuk Seri Muhkriz. Betulah kata-kata netizen dan warganet, #Daddykasi semua pun jadi. Jika dahulu Johor dituduh bertubi-tubi ingin menjual negara kepada China, tetapi kini dibawah Pakatan Harapan semua halal belaka, dan Kedah mungkin menjadi bukti terkini.

Dan yang terbaru, lawatan Tun Mahathir ke Jepun dan dijangka akan membincangkan mengenai mengambil hutang baru daripada Jepun yang mungkin dipanggil Bon Samurai 2.0. Ini bukan kali pertama Malaysia meminjam dengan Jepun selepas 9 Mei 2018. Ini adalah kali kedua dalam tempoh 1 tahun 4 bulan. Dan trend ini adalah trend yang sangat tidak sihat. Pesanan untuk Tun Mahathir, Malaysia perlukan pelaburan daripada luar negara untuk menaikkan ekonomi negara, membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, untuk menaikkan mata wang Ringgit Malaysia, bukannya untuk Tun ke luar negara sekadar untuk mendapatkan pinjaman semata-mata yang akhirnya membebankan negara.

Iskandar Zulkarnain
Ahli Persatuan Pemikir Muda

*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.