Malaysia destinasi Anti-Hero Venom?

single-image

Bagi peminat-peminat Spiderman dalam komik Marvel mesti kenal akan watak Venom. Pembikinan filem Venom sebenarnya mengambil inspirasi daripada Filem Spiderman 3 dimana pertama kali watak Venom diperkenalkan dalam Spiderman Universe. Kemudian Venom dirancang untuk diletakkan di dalam Marvel Cinematic Universe berikutan perjanjian diantara Sony dan Marvel melalui filem Spiderman: Homecoming. Bagaimanapun akhirnya filem Venom ini diletakkan di dalam universe sendiri. Keputusan ini mungkin mengecewakan peminat filem-filem Marvel bila Tom Hardy selaku watak utama dalam filem Venom tidak akan kelihatan di dalam marvel Cinematic Universe.

Venom di dalam komik diletakkan sebagai villain Malah turut tersenarai sebagai 22nd Greatest Comic Book Villain of All Time di dalam senarai IGN. No 1 dalam senarai top 100 IGN’s villain adalah Magneto dan Joker terletak di dalam senarai no 2.

Tetapi dalam filem Venom, mahkluk simbiote ini diangkat sebagai anti-hero setaraf dengan Deadpool. Apa maksud Anti-hero. Dia terletak di tengah – tengah anda Villain dan Superhero. Jahat pu ya, baik pun ya. Dia bertindak atas pemikiran dan rasional sendiri. Kalau rasa nak bunuh, dia akan bunuh. Kalau rasa nak selamatkan orang, dia akan jadi selamatkan orang. Biasanya anti-superhero ni tidak terikat dengan mana-mana association seperti Avengers atau Justice league.

Kalau kita lihat di dalam filem Spiderman 3 lakonan TObey Maguire sebagai Peter Parker aka Spiderman, Eddi Brock merupakan seorang reporter yang dengki dan dendam kepada Peter Parker. Di sinilah peranan Venom yang merasuk ke dalam tubuh badan Eddie Brock untuk bermusuh dengan Spiderman sehinggakan di dalam komik, Venom telah beberapa kali berhasrat untuk membunuh musuh utamanya itu.

Berlainan dalam filem Venom 2018, Ianya diangkat sebagai Anti-hero dengan mengubah sikit perjalan cerita Eddie Brock sebagai host kepada symbiote ini. Ianya mungkin tidak menimbulkan kesan kepada peminat- peminat baru komik Marvel atau Spiderman tetapi bagi mereka yang telah lama mengikuti perkembangan Spiderman mungkin berasa hairan dan pelik bilamana Venom ini kelihatan terlalu baik untuk digelar musuh kepada Spiderman.

Anda patut menonton sendiri filem ini dipawagam untuk menilai keseluruhan ceritanya tetapi yang penting, salah satu lokasi Malaysia ada disebut di dalam Filem ini. Malah Bahasa Malaysia turut kedengaran jelas dalam filem ini.

Bob Marvel
Suka – suka menulis.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.