Mahkamah tangguh keputusan, SPR akan isytihar p’raya Sabah?

single-image

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menangguhkan keputusan bagi menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lepas, boleh dibicarakan di mahkamah.

Ia ditangguhkan ke 21 Ogos.

Mahkamah hari ini membenarkan permohonan penangguhan oleh plaintif selepas mengambil kira perkara-perkara baru yang dibangkitkan peguam negeri Sabah.

Menurut peguam plaintif Fuad Tengku Ahmad, dia akan menghantar balasan kepada perkara itu pada Rabu, dan pendengaran akan bersambung pada 21 Ogos.

Perkembangan itu memungkinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan writ pilihan raya negeri sebelum keputusan berkaitan.

Bagaimanapun, perkara itu masih belum jelas setakat ini.

SPR dijadual mengadakan sidang media pada jam empat pentang ini di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun Fuad berkata SPR tidak seharusnya mengeluarkan writ sehinggalah kes di mahkamah selesai.

Pada 30 Julai, Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal mengumumkan mendapat kebenaran Tun Juhar untuk membubarkan DUN serta-merta bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari.

Musa sebelum itu mengumumkan mendapat sokongan 33 daripada 65 Adun untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Sumber : Malaysiakini.com

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.