Mahathir, Syed Hamed Albar & Anwar Ibrahim terlibat ‘Land Swap’ ?

single-image

Bila di selidik daripada isu RM500 juta ‘Land Swap’ MINDEF yang di dedahkan oleh Mat Sabu, ada 1 kes paling top yang pernah dibangkitkan oleh Mahfuz Omar dan Dr Boo Cheng Hau iaitu kes Kem Skudai.

Menurut laporan ketua audit, projek RM256 juta itu dikurniakan kepada Kausar Corporation Sdn. Bhd. 222.19 hektar tanah kerajaan diberikan untuk membina kem tersebut sebagai timbal balik tanah tentera seluas 153 hektar. 

Tanah tentera di Tebrau itu dah bertukar tanah dan bukan lagi milik MINDEF kerana telah dicagar kepada bank. 

Walaupun Kausar Corporation mendapat sebanyak RM460 juta daripada cagaran tanah tersebut, dan walaupun kos pembinaan hanya RM256 juta, lebih daripada mencukupi tapi hanya 18% pembinaan siap dan terbengkalai selepas itu.

Menurut Laporan Audit Persekutuan 2002, projek itu diluluskan penswastaannya melalui pertukaran tanah oleh kerajaan pada 1996, MINDEF memeterai kontrak dengan pemaju pada 1997. 

Perdana Menteri – Dr. Mahathir Mohamad
Menteri Pertahanan – Syed Hamid Albar
Menenteri Kewangan – Anwar Ibrahim

Hari ini, ketiga-tiga mereka berada dalam Pakatan Harapan.

Rujukan :

Sumber : https://www.facebook.com/100012832399079/posts/669709536800120?s=100014872150772&sfns=mo

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.