Mahathir guna ‘Kongres Maruah Melayu’ untuk menang PRK Tanjung Piai?

single-image

Sebelum ini, Kongres Maruah Melayu telah mendapat kritikan yang hebat dari pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri antaranya ialah Lim Kit Siang. Jangan hairan walaupun mereka berbumbungkan satu parti yang sama tetapi sehingga sekarang masih tidak mempunyai kesefahaman antara satu sama lain.

Kita jangan tertipu dan terperangkap dengan lakonan hebat Mahathir apabila tiba-tiba sahaja peduli dengan orang Melayu. Siapa yang tidak tahu sebelum ini dirinya kerap kali menghina Melayu. Pendek kata slogan ‘Melayu mudah lupa’ sudah sebati dengan diri Mahathir.

Jadi kenapa tiba-tiba sahaja mahu mengadakan Kongres Maruah Melayu kononnya ingin membela nasib Melayu di negara ini, sedangkan dirinya Perdana Menteri Malaysia? Ikhlaskah semua ini atau sebenarnya hanya propaganda untuk meraih sokongan rakyat sahaja?

Logiknya, sebagai pemimpin negara kalau betul mahu membela dan memperjuangkan Melayu dan Islam boleh sahaja tegakkan melalui pelaksanaan dasar-dasar yang adil serta digubal oleh kerajaan sendiri. Atau tidak boleh? Takut dengan DAP? Jadi apa rasionalnya kongres ini diadakan sebenarnya?

Adakah untuk bersaing dengan penyatuan Ummah UMNO-PAS? Memandangkan sejak penyatuan ummah ini, jelas kita boleh menilai sendiri sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan semakin merosot dari hari ke hari.

Ditambah pula dengan kegagalan kerajaan membela nasib Melayu sebelum ini. Misalnya melalui isu ICERD dan isu ketuanan Melayu yang mendapat kritikan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Harapan. Itu sahaja sudah jelas memperlihatkan  imej dan semangat Melayu mudah dipersendakan.

Jadi persoalannya, kenapa baru sekarang acah-acah mahu mempedulikan nasib Melayu?

Atau lebih tepat lagi, adakah Kongres Maruah Melayu ini digunakan sebagai alat untuk menang PRK Tanjung Piai tidak lama lagi? Maklumlah sekarang ini musim PRK jadi terpaksalah Mahathir buat sesuatu untuk menarik kembali sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan.

Apa pun alasannya, kongres ini hanya retorik untuk memperdayakan orang Melayu hari ini. Janganlah kita tertipu dengan wayang-wayang yang direka Pakatan Harapan khususnya Mahathir.

Ingatlah semula bagaimana imej dan maruah Melayu serta Islam dihina dan dipersendakan oleh puak-puak ini. Kalau masih ada Melayu yang mahu menyokong mereka, silakan. Tetapi jika suatu hari nanti nilai Melayu dan Islam semakin tercalar tidak perlu salahkan orang lain, hanya tepuk dada tanya selera.

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.