Lukas Podolski Tiba Di Markas Johor Darul Takzim

single-image

Kedatangannya menguatkan lagi andaian Podolski bakal menyarung jersi JDT.

Bekas penyerang Jerman, Lukas Podolski mengunjungi markas kelab Liga Super Malaysia Johor Darul Takzim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim Larkin, Rabu (15/1). Kehadirannya menguatkan lagi ura-ura mengatakan penyerang tersebut bakal menyarung jersi JDT.

Dalam akaun rasmi Instagram JDT, Podolski kelihatan sedang berbincang dengan pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan sempat melihat keadaan di sekitar stadim baru milik JDT.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini terdapat desas-desus mengatakan JDT berniat menandatangani pemain berusia 34 tahun tersebut. Saat ini Podolski masih lagi merupakan pemain dari kelab Jepun, Vissel Kobe.

Namun, untuk menandatangani Podolski, JDT harus menggugurkan satu dari lima pemain import yang dimilikinya bagi mematuhi kuota pemain import bagi satu-satu pasukan Liga Malaysia.

Antara lima pemain import tersebut adalah Diogo Luis Santo, Gonzalo Cabrera, Leandro Velazquez, Hariss Harun dan Mauricio.

Sumber: Goal

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.