Lokman Adam buat tuduhan yang salah

single-image
  1. Datuk Lokman Adam telah membuat tuduhan yang salah terhadap Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sebenarnya Presiden UMNO hanya memberi gambaran awal serta mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berhubung perkara membabitkan kepentingan parti.
  2. Belum ada sebarang keputusan yang dibuat apatah tindakan mengenai perkara itu. Apakah itu satu kesalahan sehingga dianggap Presiden melakukan satu pengkhianatan?
  3. Tindakan memanipulasikan pelbagai isu, situasi serta membuat kenyataan terbuka dan melulu oleh Lokman adalah suatu yang tidak profesional malah boleh merosakkan imej parti sehingga menimbulkan kekeliruan di peringkat akar umbi.
  4. Tuduhan terhadap ahli MT UMNO yang menerima ‘payroll’ atau bayaran serta mengaitkan hubungan UMNO/Pas dalam ertikata yang tidak tepat dan salah berkaitan isu kerajaan gabungan ini adalah amat keterlaluan dan sangat tidak bertanggungjawab.
  5. Segala keputusan parti sudah tentu dilakukan melalui saluran yang betul dan tepat serta tidak akan membelakangkan kepentingan parti.

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Ketua Penerangan UMNO

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.