Lima Adun PKR, Amanah, lompat, BN bentuk kerajaan baharu

single-image

JOHOR BAHRU  – Lima wakil rakyat daripada PKR dan Amanah menjadi ‘penyelamat’ apabila mereka bersetuju menyertai Barisan Nasional (BN), Pas dan Bersatu untuk membentuk kerajaan baharu.

Dengan kemasukan lima wakil rakyat yang nama mereka masih ‘dirahsiakan’, BN yang diketuai UMNO mendapat sokongan daripada 33 wakil rakyat bagi membentuk kerajaan baharu itu.

Sebelum ini kerajaan negeri Johor dikatakan ‘tergantung’, masing-masing 28-28 antara Pakatan Harapan (PH) dan gabungan baharu, iaitu Perikatan Nasional (PN) selepas Bersatu mengumumkan keluar PH, kelmarin.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, lima wakil rakyat berkenaan secara ‘prinsip’ bersetuju menyokong kerajaan baharu itu yang akan diketuai UMNO.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah collapsed’. Kita rasakan perlu ada kerajaan baharu dibentuk.

“Saya sudah dapat mandat daripada 17 wakil rakyat BN dan Pas untuk adakan perbincangan untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

“Kita sudah adakan perbincangan dengan 11 wakil rakyat BERSATU dan lima individu (wakil rakyat PKR dan Amanah) yang bersetuju bersama kita,” kata dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat BN dan Pas di Pejabat UMNO Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua 17 wakil rakyat BN dan Pas sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong pembentukan kerajaan baharu itu.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut akan mendapatkan segera SD wakil rakyat Bersatu dan lima wakil rakyat PKR dan Amanah yang bersetuju bersama BN.

Selepas itu, beliau akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk mempersembahkan perkara itu dalam masa terdekat.

Beliau yakin kerajaan baharu Johor akan dapat dibentuk dalam tempoh ‘sehari dua’ lagi.

Hasni menegaskan kerajaan baharu itu bukan ‘kerajaan pintu belakang’, tetapi ekoran kerajaan PH sedia ada sudah terbubar apabila Bersatu mengumumkan keluar daripada PH.

Menurutnya, DAP tidak akan menyertai  kerajaan baharu itu nanti.

Sumber : https://bebasnews.my/

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.